Gara Gara Trump, Kodak Kini Menjadi Syarikat Farmasi Dengan Suntikan Dana US$765 juta (RM3.245 Billion)

Kodak adalah jenama yang sangat sinonim dengan kamera dan juga filem gambar.

Ianya salah satu jenama yang agung dalam dunia fotografi satu ketika dahulu. Malah Kodak merupakan pencetus kepada kamera dengan filem.

Kodak sangat berpengaruh pada ketika itu sehingga satu ketika mereka merasakan mereka terlalu selesa dan tidak akan jatuh sama sekali.

A woman disassembles single use, “disposable” cameras at the Eastman Kodak Corporation in Rochester. (Photo by James Leynse/Corbis via Getty Images)

Namun Kodak akhirnya dibunuh oleh dunia kamera digital. Silap mereka sendiri yang lambat berubah dan akhirnya Kodak muflis pada 2012.

Tetapi kini, Kodak telah mulai menerokai industri yang jauh berbeza daripada kepakaran mereka sebelum ini.

Ini apabila Kodak bakal menerima dana sebanyak US$765 juta daripada kerajaan Amerika Syarikat untuk memulakan perniagaan dalam farmaseutikal.

Kodak akan membina empayar baharu dengan nama Kodak Pharmaceuticals.

Donald Trump merupakan individu penting yang meluluskan dana pinjaman tersebut kepada Kodak untuk digunakan mereka bagi kajian dan penghasilan ventilators, topeng, dan pelbagai kelengkapan perubatan yang lain.

Lalu beliau mahukan sebuah syarikat dari Amerika sendiri yang tampil menghasilkan ubatan dan kelengkapan.

https://twitter.com/i/status/1288226416849453058

Trump mahu menjadikan Amerika Syarikat sebagai pusat kepada bidang farmaseutikal sekali lagi, menurut beliau.

Selepas pengumuman itu, saham Kodak melonjak secara mendadak di bursa saham.

The Wall Street Journal melaporkan bahawa Kodak sudah merancang untuk menggunakan produk dengan bahan-bahan seperti hidroksiklorokuin, yang telah terbukti berkali-kali tidak berkesan terhadap coronavirus.

Ini bukan syarikat pertama Kodak dalam bidang perubatan. Kembali ke tahun 1988, Kodak menubuhkan syarikat perubatan bernama Sterling Drug, tetapi ia tidak pergi jauh.

Dan Kodak akhirnya menjualnya pada tahun 1994.

Ketua Pegawai Eksekutif Kodak Jim Continenza mengatakan mereka akan membuat sehingga 25 persen bahan aktif farmaseutikal yang digunakan dalam farmasi bukan biologi, bukan antibakteria, generik, dan bidang ini akan merangkumi 30 hingga 40 peratus daripada perniagaannya.

Amacam? Korang rasa kali ini Kodak akan berjaya dalam bidang Farmaseutikal?

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di