Garay Cekalkan Hati, Kuarantin COVID-19 Dan Pemulihan ACL Serentak

Ezequiel Garay merupakan pemain La Liga pertama yang disahkan positif koronavirus. Dan beliau ketika ini menjalani pemulihan dan kuarantin.

Namun kisah Garay ini lebih perit apabila beliau mengalami kecederaan lutut – ACL.

Garay memuat naik satu status yang agak sayu namun penuh dengan motivasi. Ini adalah detik paling sukar di dalam kariernya.

Valencia memberikan segala kemudahan yang Garay perlukan beliau melakukan pemulihan sendiri ketika dalam kuarantin / self-isolation.

Garay menjalani pembedahan lutu pada awal Februari lalu. Dan kemudian disahkan mengalami koronavirus beberapa hari lalu.

Namun Garay menjelaskan bahawa, keadaan beliau sekarang ini membuatkan motivasi hidupnya semakin kuat.

Ezequiel Garay berkata: “Kamu tahu apa yang isolasi ini mampu membangkitkan apa?”

“Motivasi!”

Ezequiel Garay mengakui beliau dalam keadaan yang agak sukar pada ketika ini. Hal ini kerana beliau terpaksa melakukan pemulihan ACL dan pada masa yang sama pemulihan koronavirus.

Untuk pemulihan ACL ianya banyak prosedur yang perlu beliau lakukan. Namun beliau tidak boleh ditemani oleh siapa siapa.

Sebelum ini pegawai perubatan Valencia banyak membantu beliau dalam proses pemulihan tersebut.

Mereka adalah pakar dalam bidang perubatan dan fisioterapi. Dan kini Garay hanya mendapatkan panduan daripada perhubungan atas talian.

Garay menambah:  “Setiap hari saya terpaksa pergi ke kompleks kelab untuk rawatan. Dan petugas perubatan kelab melakukan apa yang terdaya untuk membantu saya.”

“Dan sekarang mereka terpaksa meninggalkan saya bersendirian [keran kuarantin]. Sama ada dengan ataupun tanpa arahan daripada mereka, saya akan tetap melakukan pemulihan ini sendiri.”

“Saya nak kata yang saya bangga dengan diri saya. Saya mendapati ada perkembangan yang positif. Dan saya tak pernah memikirkan soal berhenti walaupun sehari.”

Semoga Ezequiel Garay akan cepat sembuh daripada koronavirus dan kemudian kembali fokus kepada pemulihan kecederaan ACL.

Ia memang satu detik yang sukar untuk beliau pada ketika ini. Cekalkan semangat untuk terus melawan dan bangkit daripada kecederaan dan juga sakit yang dialami.

La Liga sama seperti liga lain di Eropah, terpaksa ditangguhkan sementara kerana penularan wabak Covid-19.

Koronavirus terus menjadi ancaman utama dunia pada ketika ini. Banyak acara sukan di seluruh dunia terpaksa ditangguhkan.

Sumber: Marca

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di