Gary Neville Desak Premier League Sekat Kelab Jual Pemain Ke Arab Saudi

Pundit terkemuka dan legenda Man United, Gary Neville menyatakan kritikannya ke atas penjualan pemain oleh kelab kelab EPL ke Liga Arab Saudi.

Sebelum ini Liga Arab Saudi hanya memburu pemain ejen bebas dari liga utama Eropah. Kini mereka sudah mula membeli pemain.

Misalnya Ruben Neves yang dibeli dengan nilai sekitar €50 juta.

Beberapa pemain dalam proses menyelesaikan perpindahan mereka ke kelab Arab Saudi menerusi transaksi dibeli kelab dari Arab.

Misalnya, Kalidou Koulibaly, Hakim Ziyech, Eduoard Mendy dan terbaru Thomas Partey dan Bernardo Silva turut dikaitkan.

Gary Neville jelas tidak gembira dengan perkembangan ini.

Pada Jun Public Investment Fund (PIF) dari Saudi yang memiliki Newcastle United, telah mengumumkan mereka mengambil alih 4 kelab besar di negara tersebut termasuk Al Nassr yang kini diwakili Cristiano Ronaldo.

Neville tidak gembira, kelab seperti Chelsea seolah olah menggunakan perpindahan ke Arab Saudi sebagai cara untuk mengeluarkan diri mereka daripada masalah FFP setelah berbelanja sekitar £400 juta musim lalu.

“Premier League harus mengenakan sekatan perpindahan pemain ke Arab Saudi untuk menjaga intergriti permainan ini yang masih belum rosak lagi,” kata Neville kepada BBC Sport.

“Siasatan teliti harus dibuat sama ada perpindahan itu dibuat dengan betul atau tak.”

“Buat masa ini, saya rasa sekatan penjualan pemain dari England ke Arab Saudi harus disekat dahulu, kerana struktur pemilikan di Chelsea, sama ada perpindahan tersebut ada adalah tidak betul dan tujuan lain.”

Satu lagi kelab yang bermasalah untuk mengimbangi akaun mereka ialah Wolves, turut menjual pemain ke Arab Saudi. Chelsea dan Wolves perlu menyelesaikan akaun FFP mereka dalam tempoh 3 tahun terakhir ini.

Jadi Neville menganggap kelab kelab tersebut menjual pemain mereka ke Arab Saudi untuk mengimbangi akaun FFP  mereka yang bermasalah.

Wolves pada awalnya mahu menjual Neves ke Barcelona. Namun mereka menerima tawaran lebih besar dari Al Hilal dan menjual pemain itu dengan nilai £47 juta.

Arab Saudi tidak tertakluk kepada peraturan FFP yang dikuatkuasakan di Eropah. Jadi, perbelanjaan mereka dianggap tidak ada had pada masa ini.

Sebelum ini laporan menyebut bahawa ada beberapa kelab di Eropah tidak berpuas hati dengan cara Chelsea cuba mengeluarkan diri mereka daripada isu FFP dengan menjual pemain ke Arab Saudi.

Chelsea mungkin ada alasan tersendiri berbuat demikian. Kerana mereka sentiasa bermasalah mencapai kesepakatan harga dengan kelab kelab di Eropah lain yang cuba mengambil kesempatan untuk mengurangkan harga pemain mereka.

Fabrizio Romano menyatakan, kini Chelsea lebih fleksibel dalam harga Mason Mount. Yang sebelum ini diletakkan harga £80 juta. Man United dijangka boleh membeli pemain itu sekitar £60 juta selepas ini.

Ianya impak daripada kejayaan Chelsea menjual pemain lain ke Arab Saudi. Begitu juga dengan Kai Havertz. Chelsea lebih terbuka menerima tawaran jauh lebih rendah.

Baca yang lain