Gila Agaknya! Liga Belarus Dikecam Kerana Terus Berjalan Di Tengah Wabak Covid-19

Persekutuan Bola Sepak Belarus mengumumkan bahawa Liga Perdana Belarus akan diteruskan mengikut jadual.

Mereka juga telah menganjurkan 2 perlawanan pada hari Khamis. Keputusan ini telah mendapat kecaman ramai pihak.

Ini kerana ianya membahayakan pemain dan penyokong di tengah dunia sedang bertarung dengan wabak covid-19 ataupun koronavirus.

Entah apa yang di fikiran pengurusan liga Belarus. Adakah mereka memikirkan inilah peluang untuk menarik perhatian peminat bola sepak ke arah liga mereka? Dengan liga lain di Eropah dihentikan sementara?

Koronavirus telah membuatkan acara sukan di dunia ini dihentikan.

UEFA sudah pun mengarahkan agar kesemua liga digantung sementara. Namun Belarus melanggar arahan itu. Bukan itu sahaja, mereka malah bermain di dalam stadium yang ada penoton.

Aksi di antara Energetik BGU dan BATE Borisov menunjukkan ramai sekali penonton hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan.

Perlawanan tersebut menyaksikan Energetik BGU mengalahkan BATE Borisov 3-1.

Bate Borisov’s players pose before the UEFA Champions League Group H football match Athletic Club Bilbao vs FC BATE Borisov at the San Mames stadium in Bilbao on December 10, 2014., Image: 212914414, License: Rights-managed, Restrictions: , Model Release: no, Credit line: Profimedia, AFP

Presiden Persekutuan Bola Sepak Belarus, Vladimir Bazanov diminta memberikan komen beliau ke atas perkara itu.

Dan beliau berkata, tiada keperluan untuk Belarus menghentikan liga mereka, kerana hanya 51 kes positif koronavirus dicatatkan di negara itu.

Beliau berkata dengan riaknya: “Ini [angka 51 itu] bukan sebab untuk tidak memulakan musim ini.”

Beliau berkata lagi: “Beritahu saya, atas alasan apa untuk kita tidak memulakan liga kita?.”

Beliau kemudian bertanya kepada wartawan: “Saya nak tanya, adakah sekarang ini, darurat [kesihatan] sudah diisytiharkan di Belarus.”

Bazanov menyimpulkan bahawa keadaan di Belarus adalah tidak kritikal, dan oleh itu mereka memutuskan untuk memulakan liga tepat seperti mana yang telah dirancang.

Ditanya adakah beliau mempertimbangkan untuk bermain di stadium kosong? Bazanov menjawab: “Saya akui ada banyak perlawanan di Eropah [sebelum ini] dimainkan di stadium kosong.”

“Namun, apa yang berlaku, ramai juga penyokong yang berkumpul di luar stadium. Jadi, tidak masuk akal nak menutup pintu stadium dan bermain di stadium kosong.”

Mungkin dia melihat aksi para ultras PSG agaknya yang berkumpul di luar stadium ketika pasukan PSG diarahkan bermain stadium kosong.

Tindakan ultras itu dikecam oleh ramai pihak dan diberikan amaran oleh Menteri Sukan Perancis.

Keputusan Persekutuan Bola Sepak Belarus untuk meneruskan perlawanan pada masa-masa darurat kesihatan sedunia seperti mana yang diisytiharkan WHO ini sangat mengelirukan.

Dua perlawanan dimainkan pada hari Khamis. Enam lagi permainan dijadualkan antara Jumaat dan Ahad.

Malah ada yang tertanya-tanya, adakah menunggu keadaan menjadi kritikal di mata Vladimir Bazanov akan menggantung liga?

Bazanov turut menghadiri 3 perlawanan liga awal musim ini di Belarus.

Liga Perdana Inggeris melanjutkan penggantungannya sehingga 30 April. Sementara La Liga dan Serie A masih lagi terganggu.

Bagi kepentingan keselamatan, ramai peminat bola sepak berharap bahawa Liga Perdana Belarus mematuhi sekatan yang ketat semasa zaman bermasalah ini.

Baca yang lain