Glazer Optimis Untuk Terus Menerajui Kemajuan Manchester United

Keluarga Glazer sebelum ini menyenaraikan kelab untuk dibida mana mana pihak yang berminat.

Dengan beberapa konsortium termasuk dari Arab dan juga dari Amerika Syarikat antara yang serius mahu menjadi pemilih baharu Man United.

Beberapa firma turut menarik diri selepas merasakan Glazer tidak begitu serius dalam rundingan.

Kini tinggal pihak dari Qatar, deketuai Sheikh Jassim dan juga billionaire UK, Sir Jim Ratcliffe.

Sheikh Jassim sebelum ini sudah meningkatkan bidaan mereka sebanyak 2 kali. Namun masih tidak dapat memeterai perjanjian dengan Glazer yang dipercayai meminta sehingga GBP6 billion untuk Man United.

Kerana mereka menilai Chelsea sebelum ini sebagai penanda aras harga. Chelsea dijual dengan nilai GBP4.25 billion.

Memandangkan Man United memiliki jumlah penyokong lagi ramai di seluruh dunia, maka Glazer merasakan mereka hanya akan menerima tawaran £6 billion. Angka itu dianggap terlalu mahal oleh Sheikh Jassim yang merupakan peminat tegar Man United dari kecil.

Kini laporan ESPN menyebut bahawa, keluarga Glazer sedia membuat U turn dan kekal menjadi pemilik Man United.

Mereka mahu terus menerajui pembangunan di kelab itu yang dianggap berada di landasan yang betul selepas kemasukan Erik Ten Hag.

Jadi, Glazer akan mempertimbangkan untuk mencari rakan kongsi sahaja selepas ini. Membantu mereka membangunkan semula kelab itu agar menjadi kelab paling digeruni di dunia sekali lagi.

Glazer mahu membangunkan semula Old Trafford dan memperbaiki fasiliti di pusat latihan.

Mereka juga mahu pelabuar baharu itu bersedia menyumbang dana dalam pembelian pemain untuk pasukan utama.

Tanpa mengabaikan pembangunan pasukan belia dan pasukan wanita.

Berita ini pastinya kurang digemari peminat Man United. Yang majoritinya sudah menyampah dengan pemilikan Glazer yang membeli kelab itu atas dasar hutang atas nama kelab itu sendiri pada satu ketika dahulu.

Dan setiap tahun mereka akan mendapat wang bayaran eksekutif yang tinggi serta wang pulangan pelaburan yang luar biasa.

Man United dianggap lubuk duit oleh keluarga Glazer sejak sekian lama.

Dengan isu bola sepak dianggap perkara kedua selepas perniaagaan.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali