Gol ‘Slip Shot’ Orang Besi Beri Pahang Kemenangan Kedua Dan Kekalahan Kedua Melaka

Melaka United berhadapan dengan Pahang di tempat sendiri di Stadium Hang Jebat. Pertarungan yang menemuikan Zainal Abidin dengan rakan baiknya Dollah Salleh.

Perlawanan ini boleh dikatakan seimbang dari segi tempo dan penguasaan bola. Namun dari segi ciptaan peluang gol, pasukan Melaka lebih banyak.

Tetapi dari segi ketajaman, Pahang lebih bagus kerana mereka mendapat satu gol dan Melaka terus tumpul.

Pahang sekali lagi mencipta kemenangan selepas permulaan dengan 2 kekalahan musim ini.

Melaka yang cemerlang dalam dua perlawanan pertama, kini sudah keciciran mata dalam dua perlawanan terakhir mereka.

Perlawanan berlangsung dalam kondisi yang sangat sukar di dalam huja  lebat.

Melaka memiliki peluang gol pada minit ke-8, berlakunya pergelutan dan keadaan kucar kacir di hadapan gol. Tetapi beberapa percubaan mereka gagal menerjah gawang.

Uche Agba memiliki beberapa peluang gol dalam perlawanan ini. Namun kesemuanya kelaut. Dan Melaka juga ada isu extra touches yang kritikal depan gol. Pemain tak decisive.

Mereka terlalu lama untuk memutuskan melakukan penyudah di final third.

Dollah Salleh akhirnya mendapat gol menerusi pemain gantian, Dickson Nwakaeme yang menerima hantaran daripada Ivan Carlos.

Nwakaeme terlalu mudah diberikan peluang melakukan turning. Beliau melepaskan rembatan ketika dia hampir hilang stabiliti. Goll!

Gol minit ke-67 itu adalah pemisah kepada kedua dua pasukan.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan kedua pasukan Pahang musim ini.

Ini juga kekalahan kedua berturut – turut pasukan Melaka dalam dua perlawanan Liga Super mereka sebelum liga berehat kerana isu kesihatan koronavirus.

Pahang kini berada di tangga keempat. Sama mata dengan Melaka di tangga ketiga dengan 6 mata. Hanya dibezakan oleh perbezaan jaringan.

Apa kata coach?

Bagi Dollah Salleh beliau agak kurang berpuas hati dengan corak permainan meskipun menguasai permainan.

Beliau merasakan Pahang memberikan peluang yang banyak kepada Melaka untuk mencipta peluang gol.

Namun beliau tetap gembira kerana apa yang penting  berjaya mendapatkan kemenangan.

Zainal Abidin turut menggariskan isu ketumpulan. Beliau mengucapkan tahniah kepada usaha pemain. Namun ketumpulan yang menghampakan mereka.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di