GP Perancis: Dari Petak 18 Alex Marquez Berikan Podium Pertama Kepada Repsol Honda, Petrucci Juara

Keputusan positif dicapai oleh pelumba Repsol Honda, Alex Marquez, pada perlumbaan MotoGP Perancis 2020.

Honda akhirnya memenangi podium mereka yang pertama musim ini selepas bergelut dengan prestasi sebaik sahaja taruhan utama mereka Marc Marquez cedera.

Kali ini, adik Marc iaitu Alex Marquez menduduki tempat kedua di MotoGP Perancis 2020, di belakang pemenang Danillo Petrucci (Ducati).

Alex Marquez memulakan perlumbaan dari kedudukan ke-18. Namun, dia dapat memanfaatkan insiden beberapa pelumba yang gagal menyelesaikan perlumbaan dan mendorongnya ke tempat kedua.

Cuaca buruk sekali lagi menjadi cabaran para pelumba pada kali ini.

Pelumba Sepanyol itu mempunyai persaingan yang ketat dengan Andrea Dovizioso ketika perlumbaan yang masih berbaki enam pusingan lagi.

Namun akhirnya, Alex Marquez berjaya mengatasi Dovizioso dan mengekalkan kedudukannya hingga ke garisan penamat.

Ini adalah podium pertama Alex Marquez setelah naik ke kelas MotoGP musim ini. Sebelum ini, pencapaian terbaik Alex Marquez adalah menduduki tempat ketujuh di MotoGP Emilia Romagna pada 20 September.

Podium sulung Honda musim ini

Di samping itu, kejayaan Alex Marquez juga menjadi podium pertama Repsol Honda pada tahun 2020. Seperti yang diketahui umum, Repsol Honda sememangnya mengalami kesukaran untuk menduduki podium setelah pelumba utamanya Marc Marquez terpaksa diketepikan untuk waktu yang lama kerana kecederaan di lengan kanannya.

Alex Marquez juga dapat memperbaiki kedudukannya di kedudukan MotoGP 2020. Sebelum ini, beliau berada di tangga ke-16 dengan hanya 27 mata.

Alex Marquez ternyata girang gembira dengan kejayaan podium pertamannya.

Sementara itu, gelaran juara MotoGP Perancis 2020 adalah milik Danillo Petrucci dari pasukan Ducati. Dia disenaraikan sebagai pelumba ketujuh yang memenangi MotoGP 2020.

Ini yang menjadikan musim ini sangat gila.

Sudah 15 orang pelumba merasai podium pada musim ini secara keseluruhannya setakat ini.

Fabio Quartararo gagal memenangi podium namun beliau lega kerana berjaya mengekalkan kedudukannya selaku pendahulu perlumbaan dunia musim ini.

Otai Valentino Rossi sekali lagi gagal menamatkan perlumbaan kerana terbabas dalam kemalangan awal.

Berikut keputusan GP Perancis:

1 Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20) 45m 54.736s

2 Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)* +1.273s

3 Pol Espargaro SPA Red Bull KTM (RC16) +1.711s

4 Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20) +3.911s

5 Johann Zarco FRA Reale Avintia (GP19) +4.310s

6 Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16) +4.466s

7 Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +5.921s

8 Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V) +15.597s

9 Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1) +16.687s

10 Maverick ViΓ±ales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +16.895s

11 Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +16.980s

12 Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16)* +27.321s

13 Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP20) +33.351s

14 Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +39.176s

15 Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)* +51.087s

16 Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +14.190s

Gagal menamatkan perlumbaan / tersingkir:

  • Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20) DNF
  • Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) DNF
  • Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) DNF
  • Tito Rabat SPA Reale Avintia (GP19) DNF
  • Bradley Smith GBR Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
  • Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) DNF

Berikut adalah kedudukan pelumba di kelas premium selepas GP Perancis.

Β 

Baca yang lain