Grafite Dan Dzeko: Mengenang Kembali Pasangan Penyerang Terbaik Bundesliga

Macam biasa, Bayern akan memenangi liga. Mereka membuatkan Bundesliga bosan dan menyedihkan. Bayern terlalu kuat“. Sekadar memetik keluhan penjaga gawang Arsenal, Bernd Leno baru-baru ini.

Ternyata benar kenyataan Leno apabila Die Roten mengesahkan kejuaraan Bundesliga buat kali kelapan berturut-turut apabila menewaskan Werder Bremen 1-0 di Werser Stadion pada 17 Jun 2020.

Dalam tempoh 20 tahun terakhir, Bayern telah memenangi 14 kejuaraan Bundesliga. Namun tahukah anda pada musim 2008/2009, VfL Wolfsburg telah mengejutkan arena bola sepak dunia dengan memenangi Bundesliga buat kali pertama dalam sejarah kelab.

Mari bersama penulis kita mengenang kembali pasangan penyerang terbaik yang pernah dilihat dalam era moden Bundesliga. Mereka membantu Die Wölfe memecah dominasi Bayern dengan penuh bergaya.

Permulaan Perlahan

Vfl Wolsburg telah menandatangani Edinaldo Batista Libânio atau lebih dikenali sebagai Grafite dan Edin Dzeko pada musim 2007/2008.

Pada musim pertama, mereka berjaya membantu Wolfsburg menamatkan kedudukan liga di tangga kelima dengan masing-masing menjaringkan 11 dan 8 gol.

Kedudukan Bundesliga musim 2007/2008

Musim pertama yang agak perlahan mungkin lebih disebabkan kerana mereka masih dalam proses menyesuaikan diri dengan corak permainan di Bundesliga.

Impak Maksima

Musim kedua, lain ceritanya. Gandingan penyerang kembar ini menamatkan musim dengan rekod 54 gol dengan Grafite muncul penjaring terbanyak liga setelah meledak 28 gol manakala Dzeko, 26 gol.

Mereka memecahkan rekod jumlah gol bagi pasangan penyerang dalam semusim yang sebelum ini dipegang oleh pasangan lagenda Bayern, Gerd Muller dan Uli Hoeneß.

Percayakah anda, Dzeko hanya menjaringkan 4 gol pada pusingan pertama liga? Grafite pula menjaring 11 gol dalam tempoh yang sama.

Dalam 4 perlawanan terakhir liga, Wolfsburg telah menjaringkan 18 gol. Grafite meledak 6 gol dan Dzeko 10 gol termasuk 2 hatrik. Ya benar tuan-tuan, 16 daripada 18 gol itu dijaringkan oleh pasangan penyerang ini. Dahsyat! (dibaca)

Misi Misimovic

Zvjesdan Misimovic

Ketajaman Dzeko dan Grafite ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh kemasukan Zvjesdan Misimovic pada musim 2008/2009. Beliau telah berjaya mengeluarkan potensi sebenar pasangan penyerang ini dengan hantaran-hantaran tepat dan bantuan gol.

Pada akhir musim, Misimovic berjaya mengumpul *18 bantuan gol dengan kebanyakan daripadanya kepada kombinasi Grafite dan Dzeko.

Itu merupakan rekod pada ketika itu sebelum dipecahkan oleh Kevin De Bruyne yang juga bermain bersama Wolfsburg dengan **20 bantuan gol pada musim 2014/2015. Misimovic turut menjaringkan 7 gol sepanjang musim.

*Wolfsburg claim 20 assist, Opta & Bundesliga cakap 18 assist.

**Wolfsburg claim 21 assist, Opta claim 20, Bundesliga cakap 19.

Pilihan di tangan anda nak percaya yang mana.

Wolfsburg 5-1 Bayern Munich

Tiada apa dapat membezakan 2 pasukan ini sebelum perlawanan bermula. Kedua-dua pasukan hadir dengan rekod 48 mata, 14 kemenangan, 5 kalah dan 6 seri. Mereka juga turut menjaringkan 53 dan bolos 31 dari 25 perlawanan.

Kedudukan liga sebelum perlawanan bermula.

Wolfsburg memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 5-1. Paling diingati ialah jaringan menarik oleh Grafite.

Beliau menerima hantaran daripada Dzeko dari tengah padang lalu menggelecek beberapa pemain Bayern termasuk penjaga gol dan menjaringkan gol menggunakan tumitnya. Diangkat antara gol terbaik Bundesliga sepanjang zaman.

Sebelum gol tersebut, Grafite telah menjaringkan satu lagi gol hasil hantaran Christian Gentner. Antara penjaring lain ialah Gentner sendiri dan Dzeko dengan 2 gol manakala gol Bayern dijaringkan oleh si late bloomer, Luca Toni.

Wolfsburg meneruskan momentum hingga ke akhir musim. Mereka menamatkan saingan dengan muncul juara, berkelebihan 2 mata meninggalkan Bayern Munich di tempat kedua.

Berpisah Jua

Pada Januari 2011, Dzeko menyertai Manchester City manakala Grafite meninggalkan Wolfsburg untuk berhijrah ke Al Ahli pada Jun 2011.

Baca yang lain