Guerreiro Yakin Sancho Mampu Jadi Lebih Hebat Daripada Cristiano Ronaldo Pada Suatu Hari Nanti

Pertahanan pasukan kebangsaan Portugal dan pemain Borussia Dortmund, Raphael Guerreiro, mengatakan bahawa rakan sepasukannya di kelb, Jadon Sancho akan mengatasi Cristiano Ronaldo satu hari nanti.

Jadon Sancho adalah prospek terpanas di pasaran perpindahan musim panas 2020. Beliau hangat dikaitkan dengan Man United.

Prestasi luar biasa beliau teserlah sebaik sahaja menyertai Borussia Dortmund. Musim lalu, daripada 44 penampilan di semua pertandingan musim lalu dengan 20 gol dan 20 assist.

Oleh sebab itulah beliau terus menjadi buruan pasukan elit di Eropah.

Manchester United dikatakan berada di barisan hadapan untuk mendapatkan khidmatnya.

Namun, polisi ketat Borussia Dortmund, yang hanya ingin melepaskan pemain pasukan kebangsaan England dengan harga 120 juta euro, membuat Man United tidak dapat menyelesaikan proses perpindahan itu,

Sementara itu, Raphael Guerreiro telah membuka mulutnya untuk membincangkan kehebatan Sancho.

Di mana menurut beliau, Sancho akan melebihi kehebatan rakan senegaranya dalam pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo, pada masa akan datang.

Ronaldo adalah antara pemain terbaik di dunia pada hari ini  dan di dalam sejarah bola sepak.

Di mana legenda Portugal itu sudah ada koleksi 5 piala Ballon d’Or. Ronaldo juga memimpin negaranya menamatkan penantian kejuaraan major pertama dengan kejayaan menjulang Euro.

Ini diikuti pertandingan Liga Negara Eropah di mana Ronaldo mengetuai Portugal menjadi pemenang edisi sulung.

Di peringkat kelab, sangat banyak piala sudah dimenangi Ronaldo. Beliau juga memiliki 5 kejuaraan UCL bersamanya.

Baru baru ini Ronaldo menjadi pemain Eropah pertama menjaringkan 100 gol antarabangsa dan hanya dibezakan 8 gol daripada Ali Daei dalam carta gol antarabangsa sepanjang zaman.

Guerreiro menjelaskan bahawa Sancho yang berusia 20 tahun telah terbukti mampu memberikan banyak sumbangan kepada Die Borussen.

Keadaan ini membuat Guerreiro yakin Sancho akan melebihi tahap bintang Juventus itu di masa akan datang.

“Jadon masih sangat muda, tetapi telah memainkan peranan luar biasa untuk kami dalam dua tahun terakhir.”

“Dia memiliki bakat untuk membuat perbezaan dengan hantaran, menggelecek bola atau menjaringkan gol,” kata Guerreiro.

“Cristiano Ronaldo adalah salah seorang pemain yang terbaik di dunia dan untuk menjadi sebaik dia, Jadon masih memiliki banyak pekerjaan yang harus dilakukan.”

“Tapi, dia akan sampai ke tahap itu juga jika dia terus memaksimumkannya.”

“Dia mempunyai segala yang diperlukan untuk menjadi hebat seperti Cristiano, mungkin lebih baik suatu hari nanti,” katanya lagi.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di