“Haaland Sangat Sangat Layak Menang Ballon d’Or Atas Apa Yang Dia Dah Lakukan”

Lionel Messi telah rasmi menjadi pemenang Ballon d’Or 2023. Yang kelapan dalam kariernya yang luar biasa sebagai pemain bola sepak. Kapten Argentina itu menewaskan dua pencabar utamanya iaitu Erling Haaland dan Kylian Mbappe.

Kejayaan Messi menjulang Piala Dunia 2022 dianggap sebagai faktor terpenting dalam kejayaan dia membawa pulang 1 lagi Ballon d’Or dalam sejarah kariernya.

Namun pemain itu turut berpendapat bahawa Erling Haaland juga sangat layak memenangi Ballon d’Or. Di mana pemain antarabangsa Norway itu membantu Man City menjulang treble pada musim lalu. Haaland menikmati musim luar biasa bersama City pada musim debutnya.

Messi yakin Haaland atau Mbappe, akan memenangi Ballon d’Or pada masa akan datang. Dan dia juga menganggap Haaland akan memenanginya tahun depan, jangan risau.

Messi berkata: “Saya tak nak terlupa untuk menyebut tentang Haaland dan Mbappe. Mereka menikmati musim yang luar biasa musim lalu. Haaland atau Mbappe akan memenangi Ballon d’Or suatu hari nanti.”

“Erling Haaland sangat sangat layak memenangi anugerah ini juga. Dia memenangi Liga Perdana Inggeris, Liga Juara Juara Eropah, dan menjadi penjaring terbanyak untuk segalanya. Anugerah ini juga boleh menjadi milik kamu pada hari ini. Saya yakin tahu depan kamu akan memenanginya.”

Selepas berakhir era Messi vs Ronaldo, ramai menjangkakan bahawa selepas ini perseteruan antara Mbappe dan Haaland dalam perebutan menjadi yang terbaik.

Messi kini bermain untuk Inter Miami di Liga Utama Amerika Syarikat. Dia membantu kelab itu menamatkan kemarau trofi mereka beberapa bulan lalu.

 

Baca yang lain