Han So Hee Pun Meluat Dengan Yeo Dan Kyung Yang Obses Dengan Laki Orang

Aktres “The World of the Married” Han So Hee berkongsi pandangan beliau tentang watak yang di dalam drama tersebut.

Hanya kurang daripada sebulan tayangan, “The World of the Married” mencipta sejarah dalam JTBC – apabila menjadi drama paling tinggi rating dan kedua di belakang “SKY Castle” dalam sejarah drama swasta di Korea Selatan.

Han So Hee berkongsi dengan Dazed pengalaman beliau membawakan watak Yeo Da Kyung.

Ditanya bagaimana beliau menghayati watak sehingga ianya menjadi bahan kebencian dan sumpahan orang ramai.

Namun semakin beliau mendalami watak itu, beliau sendiri meluat dan kesian dengan wanita bernama Yeo Dan Kyung yang obses dengan suami orang.

Han So Hee berkata:

“Daripada apa yang saya pelajari tentang Da Kyung, dia memang gadis yang menyerahkan segalanya kepada Tae Oh – jasad dan jiwa raganya.”

“Jadi saya memutuskan untuk fokus kepada perkara itu.”

“Saya baca skrip, dan saya sendiri rasa kesian dengan Da Kyung.”

“Kenapalah dia harus bersikap sebegitu rupa.”

“Dia membuang keluarganya, tak peduli apa kata orang di sekeliling, dan dia sanggup menggadaikan maruahnya pada usia dia masih muda, 20-an.”

Ketika ditanya, apakah penekanan diberikan beliau ketika menjiwai watak sehingga ianya benar benar memberikan impak.

Han So Hee berkata: “Sejak hari pertama saya mendapat skrip, saya telah mempelajari dengan mendalam untuk memahami Da Kyung. Ini agar saya dapat mempersembahkan karakter dia sebaiknya.”

“Bagi Da Kyung, ayat cinta itu muncul lebih dahulu daripada perkahwinan. Sementara penonton pula menekankan perkahwinan itu mengatasi cinta Da Kyung.”

“Inilah perbezaan bagaimana saya menghayati watak Da Kyung berbanding dengan para penonton.”

Akhir sekali Han So Hee mendedahkan bahawa watak Da Kyung sememangnya bukan dalam senarai watak idamannya.

Namun beliau mengimpikan watak wanita yang kurang aksi intim.

“Daripada watak yang terlampau intim, saya lebih mengimpikan watak yang sesuai dengan orang sebaya saya. Watak yang menyelesaikan masalah dengan steady apabila ada konflik. Dan happy ending.”

Beliau juga menyatakan sudah cukuplah dia dibenci kerana watak dalam World Of The Married sampai ada yang mengutuknya di media sosial.

https://www.instagram.com/p/B-g36vvjA9s/?igshid=1io5ajdkqqq5s

Beliau berharap selepas ini wataknya akan disayangi semua orang.

“Harapan saya, akan dapat watak yang orang sayang selepas ini.”

Sumber: Sompi

Baca yang lain