Hari Ke-14 Tanpa Bola: Raikan Kejayaan Menang Liga FM Dengan Membakar Suar

Seorang peminat tegar bola sepak pastinya akan terasa saat terpaksa berkurung di dalam rumah tanpa bola sepak di tv ataupun aktiviti bola sepak / futsal dengan kawan kawan.

Sebab tu ada pengadil yang terlalu banyak masa, sehingga dapat menyiapkan analisis insiden dalam Shaolin Soccer. Work from home katakan.

Korang boleh baca di sini, kalau belum baca lagi. Power kot ulasan dia.

Banyak negara ketika ini dalam MCO atupun Perintah Kawalan Pergerakan.

Ini kerana wabak koronavirus yang melanda dunia pada ketika ini. Social distancing merupakan perkara penting dalam mengekang penularan wabak.

Salah satu cara utama untuk social distancing adalah dengan duduk di rumah.

Oleh itu aktiviti bermain video game antara yang popular selain daripada menonton filem dan makan.

Passion seorang pengurus FM

Seorang peminat bola sepak yang juga peminat tegar Football Manager (FM) telah meraikan kejayaannya menjuarai Liga Perdana Scotland dengan menyalakan flare/ suar dari biliknya dan membiarkan asapnya keluar dari tingkap.

Jamie Towers, seorang pemain FM berusia 20 tahun dari Ayr, telah berjaya membantu Hamilton Academical menewaskan Celtic dalam persaingan kejuaraan liga.

Kejuaran ditentukan pada hari terakhir perlawanan dengan Hamilton Academical menjuarai Liga Perdana Scotland hanya dengan beza 1 mata daripada Celtic.

Jami memberitau SPORTbible: “Ianya persaingan kejuaraan liga yang sangat sengit.”

“Ia ditentukan pada hari terakhir perlawanan musim tersebut. Celtic kalah di tangan Rangers di Ibrox.”

“Saya perlu menang ke atas Aberdeen dan akhirnya kami menang 2-1. Ianya persaingan yang sangat gila.”

Oleh kerana kejayaan itu, Jamie nekad untuk meraikan kejayaannya dengan membakar suar merah sebagai penghargaan kepada dedikasi para pemain di dalam pasukannya.

Beliau awalnya hanya meraikannya suka suka. Namun tak sangka jiran-jirannya turut bersorak sekali dengannya, apabila melihat kepulan asap suar daripada biliknya.

“Mulanya saya buat untuk suka suka. Sekali saya dengar jiran sebelah rumah saya bersorak.”

Jamie merupakan peminat tegar FM. Beliau bermain FM sebanyak 4-5 jam dalam masa sehari. Selepas kejayaan dramatik itu, beliau memutuskan untuk memuat naik keraiannya di media sosial.

Beliau meletakkan kapsyen: “Hari keempat belas tanpa bola sepak; Saya baru sahaja menang liga.”

Dan ia mendapat banyak likes serta tweet semula. Jami menyatakan beliau sangat terkejut dengan sambutan warganet.

Lebih menarik apabila Twitter rasmi Football Manager turut berkongsi tweet tentang kejayaan Jamie.

Ini baru menikmati game dengan sepenuh hati. Korang pula buat apa masa MCO ni? Main game apa? Kongsilah sikit.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di