Hari Teruk Buat Ozil, Gagal Sempurnakan ‘Sitter’ Dan Cedera, Ini Mesej Beliau Kepada Peminat

Sejak menyertai Fenerbahce, Mesut Ozil masih gagal menyempurnakan sebarang gol ataupun assist. Walaupun sebenarnya beliau bermain baik. Dan terbaru Mesut Ozil gagal menyempurnakan peluang terbuka ketika gawang telah terbuka. Di mana Ozil telah memutuskan untuk melakukan kawalan, berbanding melakukan percubaan terus.

Fenerbahce sekadar seri dengan Antalyaspor 1-1. Di mana keputusan itu membuatkan Fenerbahce masih di belakang Galatasaray dan Besiktas dengan beza dua mata.

Tindakan pemain Antalyaspor yang bermain hantaran ke belakang selepas ditekan pemain Fenerbahce nyata mengundang padah dan risiko. Dan bola dirampas oleh Fenerbahce.  Ozil menerima bola di luar kotak penalti dan ketika itu penjaga gol Antalyaspor berada di luar posisi beliau.

Para pemain pertahanan lawan kelihatan panik dan cuba untuk memperbaiki keadaan. Malangnya, Ozil mengambil masa terlalu banyak dalam situasi tersebut – untuk pemain berkelas dunia dan pemain yang terkenal dengan kemampuan melakukan first time shot ataupun pass yang kemas. Ozil terkenal dengan jurus Ozil chop yang jauh lebih sukar daripada itu kalau difikirkan.

Malang berganda buat Ozil dalam perlawanan ini apabila mengalami kecederaan selepas diterjah keras dari belakang oleh pemain Antalyaspor, Fredy. Mesut Ozil tidak dapat untuk meneruskan permainan dan terpaksa diusung keluar pada minit ke-67 dan digantikan dengan Papiss Demba Cisse.

Ozil kemudian memohon maaf kepada peminat Fenerbahce dan mengesahkan beliau mengalami kecederaan di ligamen. Dan bertekad akan berusaha bersungguh sungguh untuk kembali semula ke dalam padang. Ozil berkata: “Saya benar benar meminta maaf kerana tak mampu membantu pasukan kita dalam perlawanan akan datang, kerana ada sebahagian daripada lateral ligamen dalaman dan luaran saya yang terkoyak. Saya akan melakukan yang terbaik untuk kembali semula ke atas padang. Terima kasih banyak banyak kerana sokongan dan semua doa yang baik baik.”

Ozil menganggap ia adalah cabaran yang sukar dan yakin bahawa setiap kesukaran itu pasti tuhan akan ada comeback tersendiri untuk membantu kamu kembali lebih kuat. Dalam mesej yang sama, Ozil menulis dalam bahasa Indonesia, Tuhan Memberkati Anda.

Muat naik Ozil mendapat pelbagai reaksi dari netizen Indonesia. Wilypradana berkata: “Terima kasih @ m10_official.”

Sementara itu, Jevashev meminta Ozil datang ke Jakarta. Jevashev, Mustakin Risal juga berharap Mesut Ozil akan datang ke  Indonesia.

“Alhamdulillah. Bilakah kamu akan datang lagi ke Indonesia, Ozil,” kata Mustakin.

Mesut Ozil adalah bintang bola sepak yang aktif di media sosial Instagram dan Twitter. Pemain Jerman berbangsa Turki itu bergabung dengan Fenerbahce pada jendela perpindahan Januari setelah tidak bermain lama di Arsenal.

Baca yang lain