HBO Max Kurangkan Yuran Langganan Kerana Ramai Pelanggannya Bukan Orang Kaya

HBO Max membuat kejutan kepada dunia apabila mengumumkan mereka dengan rela hati mengurniakan yuran langganan platform mereka atas alasan pelanggan mereka rata rata bukan orang kaya.

HBO Max kini hampir meraikan ulangtahun pertamanya. Dan platform milik WernerMedia itu sudah sedia untuk menambahkan lagi jumlah pelanggannya dengan mengurangkan harga langganan.

HBO akan mewujudkan satu pakej baharu yang lebih rendah berbanding dengan pesaingnya yang lain. Namun pakej baharu ini mungkin akan membuatkan HBO menjana keuntungan tambahan menerusi iklan. Sebelum ini Hulu dan Peacock melakukan perkara yang sama tetapi menamatkannya.

HBO sedia mengambil langkah ke belakang dengan memasukkan iklan dengan menawarkan harga bayaran lebih rendah kepada pengguna. HBO menyatakan mereka memahami masalah ekonomi oleh semua orang di dunia ketika ini.

CEO Werner Media, Jason Kilar berkata: “Sebenarnya kebanyakan manusia di dunia ini bukannya kaya raya.”

“Jika kita boleh bangun dan boleh menggunakan sesuatu seperti iklan untuk mengurangkan harga pakej langganan, rasanya ia sesuatu yang luar biasa kepada peminat kita.”

HBO Max akan mengumumkan pakej dengan ada iklan itu dalam masa terdekat. Di mana para pelanggan boleh menikmati harga lebih rendah. HBO berharap mereka akan terus mendapat ramai pelanggan terutama sekali selepas kejayaan Wonder Woman 1984 yang ditayangkan pada Krismas 20202.

Dan pada bulan ini filem Godzilla Vs. Kong akan dikeluarkan.

Ramai yang menyokong langkah ini dan menganggap ianya satu opsyen. Ada juga menyatakan, mereka sejak dari kecil menonton tv dengan ada iklan, tiada masalah pun.

Mungkin Astro juga boleh memikirkan untuk mengurangkan jumlah bayaran pada pelanggan. Ye la, iklan pun makin bersepah kan.

Baca yang lain