HERE WE GO: Chelsea ‘Hijack’ Mudryk Daripada Sertai Arsenal, Setuju Bayar €100 Juta

Saga perpindahan Mykhailo Mudryk ke Arsenal telah menjadi subjek utama sepanjang jendela perpindahan kali ini.

Mudryk malah pernah mendesak kelabnya, Shahktar Donetsk untuk menjualnya ke Arsenal.

Terma dan syarat peribadi dengan pemain sentiasa bukan menjadi masalah untuk Arsenal. Kerana pemain itu memang mahu ke Arsenal.

Namun masalah utama adalah pada harga. Donetsk meletakkan tanda harga €100 juta untuk Mudryk.

Manakala Arsenal membuat bidaan pertama sekitar €40 juta ditambah dengan bonus sekitar €20 juta lagi.

Tiada kesepakatan dicapai, dan Arsenal kembali dengan pakej tawaran dengan bayaran asas €55 juta dan bonus €15 juta. Juga ditolak oleh Donetsk.

Arsenal merasakan bahawa mereka sudah menawarkan tawaran terbaik untuk pemain itu.

Mudryk pula beberapa kali menunjukkan di Instagram bahawa dia menyaksikan perlawanan Arsenal. Isyarat bahawa dia mahu ke kelab London Utara itu.

Arsenal kemudian hadir dengan pakej sekitar €95 juta secara keseluruhan termasuk dengan bonus.

Namun berita yang mengejutkan apabila Chelsea telah hadir mengejut dan membuat bidaan rasmi €100 juta.

Fabrizio Romano menyifatkan bahawa langkah daripada Chelsea sangat pantas untuk meng-hijack perpindahan tersebut dari arsenal.

Donetsk dan Chelsea mencapai kesepakatan harga.

Keutamaan Mudryk sentiasa Arsenal. Namun pemain itu akhirnya dilaporkan setuju untuk ke Chelsea.

Dia terbang ke London untuk melengkapkan beberapa prosedur untuk perpindahan.

Twitter rasmi kelabnya turut mengesahkan bahawa mereka sednag berunding dengan Chelsea.

Dan Twitter rasmi Chelsea juga berkongsi status tersebut.

Mudryk dijangka akab berada di Stamford Bridge ketika aksi antara Chelsea menentang Palace selepas dia selesai melakuklan pemeriksaan medikal.

Pemain tersebut dilaporkan sudah menandatangani pra kontrak. Dan dijangka akan diumumkan secara rasmi pada Ahad.

Mudryk menjadi sasaran utama Mikel Arteta dalam jendela perpindahan kali ini untuk menguatkan lagi pasukannya yang berada dalam landasan terbaik untuk menjuarai EPL musim ini.

Kehilangan Gabriel Jesus kerana kecederaan membuatkan Arteta mendesak Edu untuk memastikan mereka mendapatkan Mudryk yang boleh beraksi di kesemua posisi di barisan serangan.

Namun kini, Mudryk sedang menunju ke Stamford Bridge!

Baca yang lain