Honda Resah Situasi Marquez, Alami Kecederaan Yang Lebih Teruk Daripada Kecederaan Bahunya

Repsol Honda kini sedang resah dengan situasi kecergasan pelumba nombor 1 mereka, Marc Marquez. Selepas kembali daripada kecederaan ngeri, Marquez mengalami satu lagi kecederaan.

Alberto Puig, mengesahkan bahawa Marc Marquez mengalami gegaran otak dan gangguan saraf matanya yang menyebabkan dia tidak dapat berlumba.

Untuk kes yang lebih teruk, Marc Marquez malah berdepan dengan risiko berehat lebih panjang. Dia mengalami kecederaan tersebut selepas terbabas ketika berlatih motocross pada 30 Oktober yang lalu.

Marquez kini sedang menjalani rawatan rapi untuk memastikan beliau dapat kembali semula ke trek.

Impak daripada gegaran itu adalah kecederaan pada bahagian matanya. Marquez pernah mengalami kecederaan yang sama pada 2011. Dan beliau pernah berkongsi pengalaman bahawa, kecederaan double vision itu lebih teruk daripada kecederaan bahu yang dia alami sebelum ini.

Pada Ogos 2020 yang lalu, Marquez berkata: “Maksud saya, semua kecederaan itu adalah fasa paling sukar untuk dihadapi. Terutama sekali kecederaan sebelum ini [merujuk kepada kecederaan bahu selepas kemalangan ngeri]. Kesannya kita tak akan lupa.”

“Namun jujur saya katakan, dari 2011 ke 2012, kecederaan mata adalah lebih sukar berbanding yang ini. Kerana saya terpaksa duduk di rumah dan tidak tahu, sama ada saya dapat kembali berlumba lagi.”

“Sekarang ini kecederaan melibatkan tulang. Namun semuanya nampak sedang diperbaiki, dan seperti saya sudah boleh kembali berlumba, yang menjadi kegilaan saya.”

Akibat daripada kecederaan mata tersebut, pelumba Sepanyol itu terlepas dua perlumbaan terakhir MotoGP 2021 di MotoGP Algarve dan Valencia.

Marc Marquez – turut tidak hadir ketika seluruh pasukan beraksi dalam ujian pramusim MotoGP 2022 yang diadakan di Litar Jerez pada 18-19 November 2021. Ini kerana beliau gagal dalam ujian mata. Ianya adalah ujian wajib lulus kepada mana mana pelumba MotoGP.

Pengurus Repsol Honda, Alberto Puig mengesahkan bahawa Marquez tidak akan dapat menyertai aksi pra musim di Jerez.

“Jelas sekali, tiada peluang untuk Marc Marquez menyertai ujian pramusim di Jerez. Malang sekali, kerana perkara ini berlaku, dan apabila ia berlaku, tiada apa yang boleh kami lakukan.”

“Tetapi, buat masa ini, kami sedang menunggu,” kata Alberto Puig kepada wartawan.

Puig tidak berselindung bahawa bahawa Honda sedar prestasi Marc Marquez musim ini jauh daripada prestasi sebenarnya.

Kecederaan serius yang beliau alami sebelum ini benar benar memberikan kesan kepada Marquez. Di mana pelumba itu seringkali mendakwa bahunya masih terasa sakit ketika berada di atas motosikal dalam tempoh yang lama.

Sebelum mengalami beberapa siri kecederaan, Marc Marquez menghadiahkan enam gelaran MotoGP untuk Repsol Honda.

Honda tetap memberikan kepercayaan kepada Marc Marquez yang menurut mereka masih lagi pelumba elit mereka.

“Kami memahami nilai seorang pelumba, potensinya, dan tiada apa yang perlu kami jelaskan. Kami mungkin tidak mampu melakukan sesuatu yang istimewa, tetapi kami akan menunggu sehingga Marc kembali cergas.”

Ketiadaan Marquez pada pra musim pastinya mengganggu persediaan Honda dalam usaha mereka cuba bangkit sekali lagi. Marquez sendiri sudah menyatakan bahawa beliau tidak mengharapkan banyak daripada musim ini, lebih kepada fokus untuk musim akan datang.

Namun buat masa ini, apa yang paling penting adalah, Marquez kembali pulih sepenuhnya.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di