Ibu Baru Tahu Itu Bukan Anaknya Selepas 28 Tahun Ketika Mahu Menderma Hati

Kesilapan pihak hospital hampir 3 dekad lalu di China, telah membuatkan seorang pemuda berhadapan seribu pertanyaan di fikirannya dan mencipta pengalaman trauma kepada dua buah keluarga.

Seorang wanita di China dilaporkan mendapati bahawa lelaki yang dibesarkannya selama 28 tahun sebenarnya bukan anak kandungnya dan semuanya berlaku kerana kejadian yang tidak diingini.

Anak lelaki wanita itu, Abin jatuh sakit dan didiagnosis menghidap barah hati peringkat akhir. Setelah doktor memberitahu ibu bapa bahawa dia mungkin mempunyai peluang untuk memberikan talian hayat terakhir untuk Abim terus hidup adalah.

Ini dengan menjalani transplant hati. Lalu ibunya, Xu memutuskan untuk menderma hatinya sendiri. Namun, ketika dia diuji untuk transplant, hasilnya ternyata tidak sesuai dan tak berpadanan.

Bingung dengan keputusan negatif, Xu menjalankan ujian memeriksa DNA anaknya itu. Dan ternyata membawa kepada penemuan mengejutkan, bahawa anak lelaki itu bukan anaknya.

Berita itu membuatkan dia dan suaminya terkejut dan mereka memutuskan untuk menyelesaikan masalah ini sehingga ke akarnya.

Ternyata mereka mendapat jawapan yang mengejutkan. Hospital tempat Abin dilahirkan mempunyai tiga bayi lelaki yang lain lahir pada hari yang sama pada tahun 1992.

Kakitangan Hospital Huaihe dari Universiti Henan didakwa memberikan bayi yang salah kepada Cik Xu dan suaminya. Sebaliknya pihak hospital telah menyerahkan anak lelaki mereka yang sebenar kepada pasangan lain .

Untuk mengetahui tentang anak kandung mereka, Cik Xu dan suaminya, Encik Yao terus mencarinya dan mendapati bahawa keluarga yang menerima anak mereka itu dulu tinggal di kota Henan, Zhumadian.

Encik dan Puan Xu sedaya upaya cuba mengelakkan Abin daripada mengetahui cerita ini. Kerana ia bakal memberikan kesan lebih teruk kepada Abin yang sedang sakit.

Pada masa yang samna pasangan itu menghubungi keluarga tersebut untuk bersatu kembali dengan anak kandung mereka.

Encik Xu menjejaki anak  mereka yang sebenar ke bandar dan memberikan maklumat terperinci kepada pihak polis tempatan di sana.

Namun apa yang berlaku, cerita dia dah macam movie. Sebab plot dia yang korang anggap akan lebih rumit telah diselesaikan dengan ‘kebetulan’.

Ya, kebetulan anak sebenar mereka menjadi pegawai polis dan bertugas di balai polis tempat mereka melaporkan kejadian itu. Nama anak mereka ialah Awu.

Setelah berhubung dengan ibu bapa kandung Abin, Cik Xu mendapati bahawa ibu kandungnya adalah pembawa Hepatitis B dan Abin sepatutnya mendapat vaksin yang sama ketika dia dilahirkan.

Kesilapan hospital membuatkan Abin kanser

Tetapi, oleh kerana kesilapan pihak hospital, bayi yang salah menerima vaksin tersebut. Kesalahan yang dilakukan di hospital itu, kini membuatkan Abin mengidap barah hati.

Abin masih tidak menyedari perkembangan ini dan Cik Xu masih mencari penderma untuknya.

Sementara itu, Awu memberitahu media tempatan, “Saya benar-benar bingung. Saya rasa mustahil sesuatu seperti ini terjadi. Ia adalah emosi teruk yang berbeza. Sangat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.”

Awu mengatakan bahawa dia merancang untuk tinggal bersama ibu bapanya yang menjaganya dari kecil tetapi akan memastikan dia dapat mengunjungi ibu bapa kandungnya dari semasa ke semasa.

Dia berkata, “Ibu bapa saya melayan saya dengan sangat baik, memberi saya pendidikan, penjagaan dan kasih sayang. Saya harap kami semua dapat menyelesaikannya dengan cara yang tidak membahayakan kedua-dua pasangan ibu bapa saya.”

“Mereka berdua adalah ibu bapa saya. Saya tidak mahu marah kedua-dua belah pihak. ”

Suruhanjaya Hospital Kaifeng sedang melakukan siasatan mengenai perkara tersebut. Pengarah hospital Zhang Yijie berkata, “Pada saat ini, kami masih lagi mencari doktor yang melakukan kesalahan. Yang paling penting sekarang adalah bagaimana memberi ganti rugi kepada keluarga.”

Sumber: Mirror

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali