Ibu Mbappe: Kami Capai Kesepakatan Dengan Real Madrid Dan PSG

Ibu Kylian Mbappe mengeluarkan kenyataan bahawa anaknya sudah mencapai kesepakatan dengan Real Madrid dan PSG.

Dan kini terserah kepada anaknya untuk menentukan sama ada mahu terus kekal di PSG ataupun Real Madrid.

Mbappe sebelum ini dikatakan sudah mencapai kesepakatan dengan Real Madrif dan menolak tawaran PSG. Real Madrid malah menawarkan bonus tandatangan bernilai €100 juta.

Namun keadaannya tiba-tiba berubah apabila PSG mengemukakan tawaran baru yang dianggap sangat gila.

Di mana bukan sahaja PSG menawarkan pakej gaji sama dengan yang ditawarkan Real Madrid, tetapi memberi kuasa ala pemilik kepada Kylian Mbappe.

Di mana pemain itu memiliki kuasa dalam menentukan siapa pengurus dan pemain yang dia mahukan. Ini bermakna Mbappe akan bersama dengan lembaga pengarah dalam membincangkan aspek pengurus dan pemain.

Ini telah membuatkan Mbappe dikatakan lebih cenderung ke arah PSG dalam keputusannya.

Seterusnya, Gazetta Dello Sports melaporkan bahawa PSG sedia menjadikan Mbappe pemain dengan gaji tertinggi di dunia.

Ibu Mbappe, Fayza berkata:

“Kami mencapai kesepakatan dengan Real Madrid dan PSG. Kini terserah kepada Kylian untuk menentukan keputusan akhir.”

Fayza turut mengesahkan bahawa tawaran daripada PSG dan Real Madrid adalah hampir sama.

Maka Mbappe akan menentukan sendiri ke mana hala tuju kariernya selepas ini.

Mbappe sebelum ini sudah memberitahu bahawa dia akan menyatakan pilihannya sebelum tugasan antarabangsa dengan Perancis.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.