Ikonik! Boca Juniors Julang Piala Maradona, Edisi Sulung Sempena Nama Legenda Kelab Mereka

Boca Juniors memenangi kejuaraan Piala Diego Armando Maradona dengan penentuan sepakan penalti 5-3 berdepan dengan Banfield.

Banfield menyamakan kedudukan pada masa perlawanan sebenar pada masa kecederaan.

Kejohanan Piala Liga Argentina diganti namanya untuk menghormati pemergian legenda Argentina itu setelah meninggal dunia pada bulan November.

Dan ini adalah edisi pertama piala tersebut dengan nama Piala Diego Maradona.

Agak menarik kerana sepanjang hayatnya Boca Juniors adalah kelab nombor satu di hatinya.

“Piala ini adalah penghormatan kepada Diego, dan dia pasti akan menyertai perayaan kami dari atas sana,” kata Ramon Abila dari Boca setelah pertandingan.

Setelah 45 minit pertama yang hangat di stadium San Juan del Bicentenario, Boca mendahului dengan serangan hebat dari Edwin Carmona menjelang aksi 19 minit pada babak kedua.

Namun, Luciano Lollo disamakan pada minit keenam waktu kecederaan untuk Banfield, beberapa saat selepas Boca, Emmanuel Mas dibuang.

Pelaksana sepakan penalti Boca Juniors berjaya menyempurnakan keemua sepakan penalti mereka. Sementara Jorge Rodriguez gagal menyempurnakannya untuk Banfield.

Kemenangan Piala Boca hadir setelah kekalahan mengecewakan pada pertengahan minggu kepada Santos menyaksikan mereka tersingkir dari Copa Libertadores (macam UCL di Eropah).

Keraian gilang gemilang daripada para pemain dan staf dan ianya juga agak emosional kepada para penyokong Boca kerana pasukan mereka secara ikonik menang piala tersebut pada edisi sulung ia dijenamakan sempena nama legenda mereka.

Tahniah kepada Boca Juniors. Kamu selayaknya menang.

Baca yang lain