India Kini Berperang Dengan Budaya Meludah Sesuka Hati

India kini sedang dalam perang menentang budaya kebiasaan rakyatnya yang suka meludah di tempat awam sesuka hati.

Dua orang aktivis kebersihan di India iaitu Raja dan Priti Narasimhan antara yang telah memulakan kempen tersebut,

Mereka menggunakan pembesar suara dan plakad yang menegang orang ramai daripada meludah sesuka hati. Tidak kurang juga risalah yang diedarkan dekat kereta untuk menyampaikan mesej tersebut.

Pandemik yang melanda memberikan tamparan hebat kepada India. Kerana negara tersebut dikenali dengan budaya masyarakatnya yang suka meludah di jalanan.

Di tepi tepi jalan, penuh dengan air liur dan begitu juga di tempat awam yang lain. Ini termasuk air liur berwarna merah kerana sirih serta kahak.

Di dinding dinding bangunan mereka, air liur yang melekat di situ sudah menjadi satu kebiasaan.

Raja dan Priti telah dianggap sebagai pejuang anti meludah sejak lebih sedekad yang lalu. Bagi yang berfikiran kolot, mereka dianggap membuat benda sia sia. Bagi generasi muda yang lebih berpelajaran, mereka dianggap pejuang.

Kedua duanya aktif menggerakkan kempen termasuk menerusi internet, radio dan akhbar. Usaha mereka memang disokong oleh majlis pentadbiran tempatan. Namun ianya bukan mudah untuk mengubah sesuatu yang sudah dianggap budaya. Mereka berjuang sejak 2010.

“Tiada sebab untuk meludah ke dinding!” kata Raja.

Raja mengakui pandemik yang melanda sejak 2020 itu telah banyak memberikan kesedaran kepada awam. Malah sekarang semakin ramai yang sedar bahawa meludah adalah tabiat kotor dan boleh menyebarkan penyakit.

Dia sendiri mengakui, sering terjumpa orang orang yang dulunya suka meludah, kini cuba mengubah tabiat itu. Ketika terlepas meludah, mereka akan meminta maaf.

Ketakutan kepada wabak itu membuatkan masyarakat semakin berfikir tentang bahayanya budaya tersebut.

Di bandar bandar besar seperti Mumbai, sudah lama kempen ini dilakukan. Malah penguatkuasaan mereka bertegas kepada sesiapa yang meludah, kencing merata ataupun membuang najis di kawasan tidak sepatutnya.

Paling gila, ada sesetengah bandar mempunyai pegawai khas yang skop kerja mereka adalah menghapuskan kesan air liur di jalan.

Dengan pandemik melanda, meludah kini menjadi kesalahan yang boleh dihukum di bawah undang undang. Kerajaan akan mendenda sesiapa saja yang meludah sesuka hati. Malah ada yang dipenjara untuk kesalahan yang berulang, semuanya di tertakluk di bawah Akta Pengurusan Bencana.

Di Pune, beratus pesalah sudah didenda dan diarahkan membersihkan kesan ludah di sekitar bandar mereka.

Perdana Menteri Narendra Modi menasihatkan rakyatnya supaya tidak meludah di khalayak ramai – sesuatu yang dia sifatkan: “kita sentiasa tahu adalah salah tetapi tetap juga kita nak buat”.

Sangat berbeza dengan pandangan Menteri Kesihatan India pada 2016 ketika dia ditanya oleh wartawan tentang tiadanya usaha kerajaan membasmi tabiat buruk meludah itu.

Ketika itu menteri tersebut dengan bangga menyatakan: “Tuan, India adalah negara di mana orang meludah. ​​Kami meludah apabila bosan; kami meludah apabila kami letih; kami meludah apabila kami marah atau kami hanya meludah untuk suka suka. ​​Kami meludah di mana-mana sahaja kami mahu meludah, tiada masalah, sepanjang masa, walaupun pada waktu yang tidak sepatutnya.”

Menteri Kesihatan tersebut ketika itu mendapat sokongan ramai. Kerana meludah adalah perkara biasa di jalan raya India. Lelaki-lelaki yang sedang bersantai di tepi jalan, dengan santai di warung teh tepi jalan, lelaki yang memandu kereta, basikal dan beca tidak teragak-agak untuk meludah di lampu isyarat.

Tabiat ini sering didahului dengan amaran dengan suara garau sebelum melepaskan air liur atau kahak. Ketika mendengar isyarat itu bermakna kamu harus memberikan dia ruang untuk meludah.

Dan kebiasaan itu banyak dilakukan oleh lelaki. Mereka berasa baik tentang badan mereka, kata kolumnis Santosh Desai, “dan semua kotoran itu keluar dari badan.”

“Mereka berasa tidak mementingkan diri dengan melepaskan diri mereka di khalayak ramai,” katanya. “Jika saya tidak selesa, saya akan bertindak segera, idea menahan diri benar-benar tidak wujud dalam masyarakat di sini.”

Meludah juga dianggap sebagai perkara yang ‘hebat’ dengan simbol kejantanan, kata Uddalak Mukherjee, editor India Telegraph.

Raja Narasimhan menemui sebabnya. Kebanyakan orang melakukannya kerana marah atau hanya untuk meluangkan masa kerana mereka tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk dilakukan. Orang lain merasakan bahawa meludah adalah hak, katanya. Ini kerana masyarakat merestuinya.

Menurut ahli sejarah Mukul Kesavan, meludah juga berpunca daripada “taksub India terhadap membuang kotoran dan cara menghilangkannya”.

“Tabiat meludah bukan sahaja berkaitan dengan kebersihan,” kata Mukherjee. “Seorang pemandu teksi pernah berkata kepada saya, ‘Saya mengalami hari yang buruk dan saya ingin mengatasinya.'”

Di Eropah zaman pertengahan, anda boleh meludah semasa makan, selagi ia berada di bawah meja. Erasmus menulis bahawa “menelan air liur” adalah tingkah laku “tidak sopan” dan jijik.

Namun zaman telah berubah. Kini meludah sesuka hati adalah tabiat buruk.

Lantas Raja dan Priti berharap budaya meludah sesuka hati ini akan terus berkurangan di India. Kerana ianya sangat bahaya dalam pembawaan wabak.

Tetapi mereka masih jauh daripada menang dalam perjuangan ini.

Sumber: BBC

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu