Ini 5 Petinju Yang Pernah Kalahkan Mike Tyson

Mike Tyson mempunyai karier yang gemilang dan pada masa yang sama kontroversi. Beliau merupakan petinju termuda yang memenangi gelaran Persatuan Tinju Dunia, Majlis Tinju Dunia, dan Persekutuan Tinju Antarabangsa.

Pada tahun 1988, Tyson menjadi juara kelas berat linieal setelah mengalahkan Michael Spinks dalam pertarungan 91 saat. Rekod kerjaya beliau sebagai petinju merangkumi 50 kemenangan (termasuk 44 KO), enam kekalahan, dan dua tiada pertandingan.

‘Mayweather Sedang Khayal, Klaim Dirinya Lebih Hebat Daripada Muhammad Ali’

Baru-baru ini Mike Tyson bercadang melakukan satu pertarungan amal. Dan ramai yang mencadangkan Tyson melakukan rematch dengan lawan yang pernah menewaskan beliau.

Berikut adalah 5 petinju yang pernah mengalahkan Mike Tyson sepanjang kariernya.

1. James Douglas

James Buster Douglas mengejutkan dunia apabila menjadi petinju pertama menewaskan Mike Tyson dengan KO pada pusingan ke-10.

Ia sekaligus menamatkan rekod tanpa kalah Tyson hampir 4 tahun.

2. Evander Holyfield

Dalam kariernya, Evander Holyfield bertinju dua kali menentang Mike Tyson. Dan beliau menang kedua duanya termasuk ketika beliau digigit telinga.

Terbaru ketika ditanya sama ada beliau mempertimbangkan pertembungan trilogi dengan Mike Tyson dalam pertarungan amal yang diwar-warkan Tyson?

Holyfield berseloroh menjawab: “Sudah cukup saya kalahkan dia dua kali. Tak perlu saya buli dia kali ketiga.”

Holyfield dan Mike Tyson sekarang sudah menjadi sahabat baik ye.

3. Lennox Lewis

Ia salah satu acara terbesar di dalam dunia tinju diberikan nama Lewis–Tyson: Is On.

Lewis berjaya menang dengan menewaskan Tyson pada pusingan kelapan. Di mana Lennox Lewis mencipta KO.

Kemenangan ini membolehkan Lewis memenangi bengkung kejuaraan heavyweight dunia.

4. Danny Williams

Danny Williams menyatakan beliau berasa malu apabila menewaskan Mike Tyson. Ini kerana beliau menyanjung tinggi Mike Tyson dan menganggap Tyson manusia yang sukar dikalahkan.

Danny Williams menewaskan Tyson selepas Tyson cuba bangkit daripada kekalahan di tangan Lewis. Tyson menang ke atas Clifford Ettiene, namun tersungkur di tangan Williams.

5. Kevin McBride

Selepas kekalahan di tangan Williams, Tyson mencuba satu lagi pertarungan. Tyson hadir ke aksi ini dengan rekod paling buruk dalam kariernya di mana beliau tewas dalam 2 daripada 3 pertarungan terakhir.

Tyson sekali lagi tersungkur, kali ini di tangan Kevin McBride.

Mike Tyson jelas tertekan dalam aksi ini dan beberapa kali cuba melakukan foul ke atas lawannya. Pertarungan ditamatkan pada pusingan keenam.

Mike Tyson pernah berkongsi semula kisah ini dengan menganggap ia adalah kekalahan paling perit untuk beliau telan.

Dia merancang untuk meninggalkan dunia tinju dengan kemenangan. Namun dia tak mampu.

 

Baca yang lain