Ini Punca Braun Strowman Digantung Selama-lamanya Oleh WWE

Peminat dikejutkan dengan berita penggantungan serta merta Braun Strowman, buat selama-lamanya oleh WWE awal minggu ini.

Di acara Monday Night RAW kemarin, ‘The Monster’ telah menyerang pegawai WWE, Adam Pearce di dalam gelanggang.

“WWE Digital mendapati bahawa Braun Strowman telah digantung buat selama-lamanya kerana kesalahannya yang menyerang pegawai WWE, Adam Pearce.”

Kenyataan yang dikeluarkan oleh laman rasmi WWE.

“Strowman sepertinya tidak boleh menerima kata-kata dari Adam Pearce yang memintanya untuk memberi sebab mengapa beliau perlu diletakkan sebagai pencabar untuk kejuaraan Dunia WWE lalu kemudian beliau telah menyerang Pearce, keputusan penuh berkait hukumannya bakal menyusul.”

Strowman ketika itu tidak boleh menerima kata-kata Pearce yang memintanya untuk memberi sebab tentang mengapa beliau perlu dipilih sebagai pencabar untuk kejuaraan Dunia WWE milik Drew McIntyre.

Kesemua empat lagi penggusti lain seperti AJ Styles, Sheamus, Keith Lee dan Matt Riddle telah memberi sebab mengapa mereka harus diberi peluang untuk menjadi pencabar kepada Drew.

Namun ketika Strowman diminta untuk melakukan hal yang sama, beliau berang lalu terus menyerang Adam Pearce.

Ya, sudah tentu Braun sebenarnya tidak benar-benar digantung kerana ianya hanya sebahagian dari jalan cerita sahaja.

Namun, menurut laporan dari Dave Meltzer, terdapat alasan tersendiri tentang mengapa peminat tidak akan menyaksikan Strowman muncul lagi di TV buat sementara waktu.

Bercakap kepada Wrestling Observer Radio, penulis tersebut mendedahkan bahawa Strowman mengalami masalah kecederaan lututnya ketika dalam perlawanan lima lawan lima antara RAW menentang SmackDown di acara Survivor Series minggu lalu.

“Kerana itulah WWE membuat jalan cerita seperti itu dan menjadikannya sebab untuk menggantung beliau.”

Jelas Meltzer.

Beliau turut menyatakan bahawa ‘monster among man’ itu mungkin akan tetap dipertemukan dengan Drew McIntyre di acara TLC bulan hadapan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Strowman akan muncul semula dengan karakter jahat dan kemungkinan penggantungan yang dikenakan keatasnya merupakan langkah awal dalam pembinaan karakter tersebut.

Pada acara RAW akan datang, WWE telah menganjurkan perlawanan tiga penjuru untuk menentukan lawan yang bakal bertarung dengan Mcintyre.

Walau bagaimanapun, Braun tidak tercalon untuk perlawanan tersebut. Oleh yang demikian, seandainya beliau akan menjadi pencabar kepada kejuaraan dunia WWE itu di acara TLC nanti, beliau pastinya bakal merampas peluang tersebut dari Riddle, Keith Lee atau AJ Styles.

Keputusan penggantungan beliau juga memungkinkan untuk berlakunya dua perkara.

Sekiranya beliau mengalami kecederaan, penggantungan ini akan membantu Strowman untuk mengelak dari bertarung dalam mana-mana perlawanan di acara RAW sehingga Disember.

Kedua, penggantungan ini mungkin sangat membantu beliau dalam pembinaan karakter jahat yang bakal beliau bawa selepas ini.

Nampak seperti WWE sangat bijak dalam situasi ini, namun kita tetap harus menanti dan lihat bagaimana jalan cerita ini berjalan dalam tempoh beberapa minggu ini.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.