Ini Sebab Kenapa Khabib Pelik McGregor Setiap Hari Mahukan Rematch

Khabib Nurmagomedov telah berkongsi semula detik Conor McGregor melakukan tap out ketika di dalam pertarungan di antara mereka dalam UFC229 pada 2018.

Khabib berjaya mempertahankan bengkung kejuaraannya dalam UFC lightweight championship berhadapan McGregor.

Khabib berjaya mengunci tengkuk McGregor dengan submission neck crank.

Khabib Nurmagomedov ternyata pelik apabila hampir setiap hari Conor McGregor mahu mencabarnya untuk ulangan.

Ini kerana menurut Khabib Nurmagomedov, Conor McGregor sendiri yang tidak mahu berhadapan dengan beliau dahulu dan kelihatan menyesal.

Kenapa sekarang dia bersungguh-sungguh mahu mengajak rematch, seolah-olah pertarungan itu keputusannya tak adil.

Walhal, kemenangan Khabib Nurmagomedov ketika itu adalah kerana McGregor yang tap out.

Khabib Nurmagomedov menyatakan bahawa, Conor McGregor kelihatan menyesal dan tidak mahu bertarung dalam aksi itu selepas dikerjakan beliau sepanjang 4 pusingan.

Khabib berkata: “Jujur saya kata, dia kelihatan tak nak bertarung ketika itu. Kenapa jadi begitu? Saya belasah dia sepanjang 4 pusingan.”

“Saya kalahkan dia dan mencekinya, dan kemudian pun tap out.”

“Itu petanda dia dah tak mahu berada di situ. ‘Lepaskan aku, tolonglah’, dan itu sahaja. Jadi, macamana dia nak meminta rematch?

Dana White mengakui Conor McGregor memang masih berharap untuk rematch dengan Khabib Nurmagomedov.

Namun buat masa ini, ianya sukar dilaksanakan kerana Khabib Nurmagomedov berada pada laluan perebutan kejuaraan. Manakala Conor McGregor pula baru sahaja bertarung 1 pertarungan selepas kembali – setelah sekian lama.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari