Ini Sebab UK Mahu Tamatkan PKP Dengan Meminta Rakyatnya Belajar Hidup Dengan Covid

Britain sudah bersedia untuk memansuhkan undang undang mewajibkan penggunaan pelitup muka dan penjarakan sosial di tempat awam. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Britain, Boris Johnson. Beliau malah menyatakan tahu bahawa tindakan ini akan membuatkan kes covid di negara itu akan meningkat mendadak sekali lagi.

Johnson menyatakan, kerajaan akan menukar dasar kawalan perundangan kepada tenggungjawab peribadi setiap rakyat. Di mana Britain sedang dalam fasa akhir untuk melaksanakan dasar mebuka lockdown secara berperingkat.

Keputusan akhir tentang perkara itu akan diumumkan pada 12 Julai dan perlaksanaannya adalah pada 17 Julai akan datang. Ini bermaksud Britain akan mengamalkan dasar terbuka sekali lagi seperti biasa, tanpa perlu memakai pelitup muka kerana wajib. Namun rakyat masih disarankan menjaga jarak sosial, memakai pelitup muka di tempat tertutup dalam kederaan awam misalnya.

Tetapi ianya atas tanggungjawab diri sendiri dan tidak akan tertakluk kepada undang undang lagi. Semua kelab malam akan dibuka selepas 16 bulan dan rakyat boleh minum di pub seperti biasa.

Selain itu, rakyat juga tidak perlu mengimbas aplikasi yang memantau pergerakan mereka lagi ketika memasuki mana mana bangunan dan premis. Kerajaan turut menamatkan dasar bekerja dari rumah.

UK yakin rakyat sudah bijak

Britain setakat ini mencatatkan lebih 128,000 kematian kerana covid. Angka kedua tertinggi di Eropah selepas Rusia. Jangkitan tersebut mendadak meningkat kerana varian delta yang menyerang negara mereka. Varian yang berasal dari India.

Kes baharu harian mereka sekitar 2,000 sehari berbanding 25,000 pada awal tahun ini. Namun angka kematian kerana covid dilaporkan semakin stabil dan rendah, sekitar 20 kematian sehari secara purata.

Menurut kerajaan lagi, rakyat kini sudah berilmu untuk menjaga diri mereka daripada covid. Dan data menunjukkan bahawa, kepakaran perubatan juga semakin bagus untuk mengatasi masalah covid.

Seterusnya, UK memiliki sistem saringan yang tepat dan cekap untuk mengesan Covid dan sudah ada prosedur yang sistematik untuk berhadapan dengan kes kes covid.

Selain itu, Britain yakin bahawa, vaksinasi yang galak dilakukan telah membantu melemahkan rantaian jangkiran tersebut. Mereka menyatakan bahawa, mereka berjaya mengatasi kes mudarat kerana covid. Bukan itu sahaja, mereka juga mendapati kes harian terbaru jauh lebih rendah berbanding sebelum ini.

Pada ketika ini, di UK, kira kira 86% orang dewasa telah divaksinasi sekurang kurangnya dengan 1 dos dan 64% daripadanya sudah divaksinasi secara penuh.

Kerajaan UK yakin akan memberikan vaksin kepada kesemua rakyat berusia 18 tahun ke atas menjelang pertengahan September ini.

Johnson kemudian menyatakan bahawa, orang British harus belajar untuk hidup dengan virus ini. Satu dasar yang mengubah pandangan kerajaan bahawa virus ini adalah musuh utama sebelum ini.

Setiausaha Kesihatan Dan Kebajikan Awam Britain, Sajid Javid berkata:

“Saya ingin menekankan sejak awal bahawa pandemik ini masih belum selesai dan meramalkan bahawa kes-kes ini boleh mencecah 50,000 sehari pada 19 Julai. ”

“Kita harus berlapang dada, dengan lebih banyak kematian akibat COVID.”

Tetapi, katanya: “Jika kita tidak dapat membuka kembali kehidupan  normal masyarakat kita dalam beberapa minggu  selepas ini, selepas ini akan tiba musim panas dan menjelang musim cuti sekolah, maka kita harus bertanya pada diri sendiri” bila lagi kita akan dapat kembali ke biasa? “‘

Beberapa media di Britain yang sudah lama memperjuangkan hak kebebasan individu bersetuju dengan dasar itu dan mengatakan bahawa kerosakan ekonomi dan sosial akibat sekatan virus yang berpanjangan itu melebihi manfaat kesihatan awam. Dan mereka menganggap 19 Julai ini adalah Hari Kebebasan!

Aktiviti seni persembahan dan perhotelan juga menyambut baik pengumuman itu. Mark Davyd, ketua eksekutif Music Venue Trust, tweet: “Saya merasa kebas, seperti saya hampir tidak boleh mempercayainya. Banyak kerja yang harus dilakukan, tetapi kita sebenarnya dapat menyelesaikannya. ”

“Pertamanya, bagaimana kita dapat mengembalikan kebebasan kita dan belajar untuk hidup dengan covid. Keduanya, untuk mengatasi banyak kerja yang masih perlu diselesaikan di NHS. Di mana kita tahu ianya akan menjadi sesuatu lebih buruk daripada sebelum ini — sebelum ianya menjadi lebih baik.”

“Kita dalam landasan untuk 19 Julai ini dan jujurnya, hakikatnya adalah kita tak boleh hapuskan Covid.”

“Kita juga perlu mengatasi kes yang akan mencanak selepas dasar terbuka itu nanti.”

“Saya tahu ramai yang ragu ragu dengan pelonggaran kawalan ini – itu kita sangat faham. Namun tak ada satu tarikh pun yang kita boleh pilih akan mengurangkan risiko ini. Jadi kita harus mengambil kira pandangan berbeza. Kita semua akan belajar untuk menerima kewujudan covid ini dan mencari jalan untuk mengatasinya – sama seperti kita sudah memiliki selsema dalam kehidupan kita.”

“Kita akan terus melabur untuk NHS dengan £7 billion akan disuntik lag. Ini termasuk dana £1 billion untuk menyelesaikan perkara yang masih tak selesai lagi. Dan £500 juta untuk kesihatan mental dan pelaburan untuk staf.”

“Kita akan membawa masuk lebih ramai staf berbakat untuk menggalas tugasan ini. Kita ada lebih 58,300 staf di hospital di bawah NSH serta pusat kesihatan komuniti sejak Mac tahun lalu. Ini termasuk lebih 5,600 dan lebih 10,800 jururawat.”

New Zealand tak setuju

Tindakan UK itu sebenarnya kurang disenangi beberapa negara. Antaranya New Zealand. Di mana PM New Zealand, Jacinda Ardern menyatakan bahawa beliau mahu mengambil risiko seperti UK.

Pentadbiran Ardern sudah mengadakan sidang media tentang perkara itu. Ahli kabinet NZ, Chris Hipkins berkata: “Ini sesuatu yang kita tak boleh diterima di New Zealand. Satu perkara yang kerajaan UK sangat jelas tentangnya, mereka tahu kes ini akan meningkat mendadak, berpotensi beribu ribu kes sehari. Dan akan lebih ramai orang meninggal dunia kerana virus ini.”

Ardern, menyatakan beliau tidak akan menggunakan dasar itu di negaranya buat masa ini. Namun menghormati UK kerana menurutnya setiap negara ada pilihan masing masing.

Ardern berkata: “Setiap negara ada pilihan masing masing. Keutamaan bagi saya sekarang adalah melindungi New Zealand kerana isu virus ini masih belum selesai di dunia ini.”

Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield, menyatakan mereka akan memantau dengan rapi penerbangan dari UK termasuk mengenakan sekatan ke atas beberapa penerbangan tertentu yang menjadi tempat ‘panas’ penularan wabak.

Keutamaan New Zealand ketika ini adalah pemberian vaksin dengan lebih giat dan lebih banyak kepada rakyatnya.

Australia yang sebelum ini banyak bekerjasama dengan New Zealand termasuk menggunakan dasar yang sama, dilaporkan mulai tertarik dengan pelan pembukaan yang diumumkan Boris Johnson.

Perdana Menteri Scott Morrison baru baru ini sudah memberitahu rakyatnya bahawa mereka harus hidup dengan covid seperti mana mereka hidup dengan adanya selsema.

Namun masih ramai pemimpin negara lain yang menganggap Johnson sebenarnya melakukan kesilapan. Antaranya pakar epidemik New Zealand, Profesor Michael Bakker yang menuduh Johnson hanya mengungkapkan slogan tidak berguna dengan menyuruh orang ‘living with covid’.

Baker menambah: “Kita banyak sangat menerima retorik [kata kata manis] daripada Eropah dan Amerika Utara, di mana mereka sendiri gagal dalam membendung pandemik ini. Saya rasa tak perlu kita nak terima atau ikut Boris Johnson ni. Kita sentiasa skeptikal untuk belajar daripada negara negara yang gagal teruk macam UK dalam menanangani virus in.”

Sumber

Daily Mail
The Guardian
The Guardian – NZ

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di