Ini Yang Nani Cakap Kepada Bruno Fernandes Sebelum Sertai Manchester United

Bekas pemain sayap Man Utd, Nani telah mendedahkan apa yang beliau katakan kepada Bruno Fernandes sebelum pemain itu menyertai Red Devils.

Menurut Nani, beliau memberitahu Bruno Fernandes supaya memilih EPL serta menyertai Man Utd – dan menolak tawaran Man City.

Nani menyatakan bahawa Man Utd adalah pilihan yang lebih baik berbanding dengan Man City.

Bruno Fernandes pilih Man United

Bruno Fernandes menyertai Man Utd pada hujung Januari lalu, selepas dikaitkan dengan pasukan itu sepanjang 2 jendela perpindahan sebelum ini.

Ole Gunnar Solskjaer sangat perlukan Bruno Fernandes dalam memperkuatkan bahagian tengah pasukannya.

Selain Man Utd, banyak lagi pasukan besar termasuk Man City dan Spurs antara yang mahukan pemain itu.

Sejak menyertai Man Utd dari Sporting, Bruno Fernandes memberikan impak besar di dalam pasukan baharunya.

Beliau sudah menjaringkan 2 gol dan mencipta dua asssist dalam Liga Perdana Inggeris untuk pasukan baharunya. Serta menjaringkan 1 lagi gol dalam aksi Liga Europa.

Nani berkata: “Sebaik saja aku nampa news, dan kemungkinan dia mungkin akan ke City, aku terus cakap kat dia, dei jangan pilih City, jangan pilih team lain. Kau piliha Man Utd saja.”

“Selepas beberapa bulan dia pun berpindah ke Man Utd. Ya Tuhan, aku sangat gembira kerana nasihat yang pernah ku berikan sama dengan pilihan terakhirnya.”

“Ianya momen yang indah, saya menyaksikan dia bermain di sana, menjadi pemain terbaik buat masa ini, menjaringkan gol dan sangat bagus untuk menikmati detik seperti itu.”

Nani dah lama tahu

Nani yang pernah kembali ke Sporting Lisbon pada 2014/15 dan kembali lagi pada 2018/19, menyatakan Fernandes seorang pemain yang sangat berbakat.

Oleh itu beliau memang sudah menjangkakan Bruno Fernandes akan bermain di liga lebih besar daripada Liga Portugal.

“Ketika aku bermain bersamanya, saya nampak dia pemain yang sarat dengan kualiti dan potensi pada ketika itu.”

“Ada sekali itu, ketika kami sedang menyembang, aku suruh dia training kuat sikit kerana aku tahu dia selepas ini akan bersaing di liga terbaik di dunia. Kalau tak ke EPL, ke La Liga.”

“Namun pada masa itu, aku nasihatkan dia untuk pergi ke England kerana itu pilihan terbaik.”

“Sebabnya, dengan keupayaan yang dia ada, mampu menjaringkan gol gol cantik, orang di England pasti akan menyukainya.”

“Dia sukar skor dengan rembatan dari jauh dan membuatkan penyokong gila.”

Bruno Fernandes meneruskan misi bersama Man United untuk cuba menamatkan saingan musim ini di empat teratas.

Selain itu, Man United sudah mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala FA dan peringkat 16 akhir Liga Europa.

United mahu kembali bermain di Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di