Insiden Terowong Bernabeu, Hanya Leonardo Dihukum UEFA, Pak Nasser Dibebaskan

UEFA hari ini dianggap telah membuat keputusan pelik dalam menjatuhkan hukuman.

Di mana mereka hanya menggantung bekas pengarah sukan PSG, Leonardo dan membebaskan ahli jawatankuasa eksekutifnya sendiri Nasser al-Khelaifi daripada sebarang hukuman walaupun dia yang sebenarnya menyerang pengadil di terowong dan di bilik persalinan di Bernabeu dalam aksi Liga Juara Juara Eropah musim lalu.

Leonardo sudah tidak ada lagi di PSG selepas dia dipecat minggu lalu.

Presiden PSG al-Khelaifi dan pengarah sukan PSG ketika itu, Leonardo telah turun ke terowong stadium untuk mendapatkan pengadil kerana bengang dengan keputusan pengadil yang menurutnya telah menjadi sebab kekalahan PSG.

Hatrik pada separuh masa kedua oleh Karim Benzema telah memastikan Madrid berjaya mencipta kebangkitan menakjubkan di Stadium Santiago Bernabéu, menyingkirkan PSG secara agregat 3-2 pada pusingan 16.

Dengan Kylian Mbappe yang ketika itu dikaitkan dengan Real Madrid, dan namanya disorak di Santiago Bernabeu oleh peminat Real Madrid, Khelaifi merasa sangat bengang.

Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi cuba menyerbu bilik persalinan pengadil. Staf Real Madrid ketika itu turut berjaya merakamkan Nasser Al Khelaifi meroyan dan memaki hamun pengadil di terowong dan memecahkan peralatan  di situ selepas pasukannya disingkirkan daripada Liga Juara-Juara oleh Real Madrid, menurut laporan daripada pegawai perlawanan.

Ini bukan pertama kali Nasser Al Khelaifi menyerang pengadil. Beberapa tahun lalu dia bersemuka dengan pengadil ketika pasukannya terkena remontada di Nou Camp.

Pada 2017 Nasser Al Khelaifi juga pernah menyerang pengadil di terowong Parc Des Princes.

Dalam insiden di Santiago Bernabeu itu Leonardo dan pengawal peribadinya mulai menarik Khelaifi kerana melihat kelakuannya yang semakin agresif. Ini kerana ada kamera di setiap penjuru.

Kekecewaan Al-Khelaifi telah didokumenkan dalam laporan pengadil dengan bertulis: “Dia terus meluru ke dalam terowong laluan ke bilik persalinan.”

Marca melaporkan bahawa Khelaifi “berkelakuan agresif dan cuba memasuki bilik persalinan pengadil.”

Apabila pengadil meminta mereka pergi, presiden memukul dan merosakkan peralatan pembantu pengadil, lalu memecahkannya, tulis laporan tersebut.

UEFA mengeluarkan keputusan jawatankuasa disiplinnya lewat Jumaat lalu telah mengesahkan  pertuduhan “melanggar peraturan asas kelakuan sopan” dan “kelakuan tidak ada semangat kesukanan.”

Bagaimanapun, hukuman hanyalah ke atas Leonardo yang digantug daripada menghadiri mana mana perlawaan di bawah seliaan UEFA sebanyak satu perlawanan sahaja.

Seterusnya langsung tidak disebut nama Nasser Al Khelaifi dalam kenyataan hukuman tersebut. UEFA kemudian tidak memberikan ulasan atau tunjuk sebab mengapa al-Khelaifi tidak disebut dalam kenyataan tatatertib.

Al-Khelaifi menyertai jawatankuasa eksekutif UEFA pada 2019. Dia kemudian dinaikkan pangkat untuk mengetuai Persatuan Kelab Eropah yang berpengaruh tahun lalu dan lantang menentang pelancaran Liga Super Eropah yang gagal.

Dia dilantik menjadi ketua persatuan tersebut selepas Florentino Perez memutuskan untuk membina Liga Super Eropah.

Projek yang mencabar kuasa UEFA dan Liga Juara-Juara itu diterajui oleh Madrid dan kelab-kelab besar lain tetapi PSG enggan menyertainya.

Al-Khelaifi juga mengetuai penyiar dari Qatar beIN Sports yang merupakan rakan kongsi penyiaran terkemuka UEFA dan pembeli hak Liga Juara-Juara Eropah.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan