Isteri Abidal Tuntut Cerai Kerana Suaminya Merenyam Dengan Perempuan Lain

Hayet Abidal, isteri kepada bekas pemain pertahanan Barcelona, ​​Eric Abidal, telah mengumumkan dalam kenyataan akhbar bahawa dia sedang dalam proses untuk memfailkan perceraian – berikutan hubungan sulit suaminya dengan pemain bola sepak PSG, Kheira Hamraoui.

Ia adalah kisah yang paling hangat menghiasai suapan berita di Perancis selama beberapa minggu, selepas Hamraoui, yang bermain untuk pasukan wanita PSG, diserang oleh samseng pada 4 November.

Polis sebelum ini memanggil Abidal dan menemui bahawa ada nombor Hamraoui di dalam telefon bekas pemain Barca itu.

Lebih mengejutkan apabila nombor sim Hamraoui itu didaftarkan atas nama Abidal. Dalam telefon Abidal, nama Hamraoui diletakkan sebagai kontak peribadi dia.

Ianya membawa kepada dakwaaan bahawa isteri Abidal mendalangi serangan samseng ke atas Hamraoui.

Sebelum itu Aminata Diallo dituduh melakukan perbuatan itu kerana kononnya mahu berebut posisi di kesebelasan utama.

Ternyata ianya fitnah. Dan kini polis masih menyiasat penglibatan Hayet dalam kes tersebut.

Pemain Perancis itu bermain untuk Barcelona antara 2007 dan 2013, menjadi pemain penting dalam pasukan Pep Guardiola yang memenagi kesemua piala yang ditawarkan kepada mereka.

Abidal disahkan menghidap tumor hati pada 2011, dan sempat bermain tak lama sebelum meninggalkan pasukan tersebut.

Dia kembali ke Barcelona pada 2018 untuk menjadi pengarah bola sepak kelab itu – di situlah hubungan sulit dia dengan Hamraoui didakwa bermula.

Hamraoui ketika itu bermain untuk Barcelona Femeni.

Untuk membantu siasatan jenayah, kini nampaknya kedua-dua Abidal dan isterinya, Hayet, akan disoal siasat polis berhubung kemungkinan penglibatan mereka dalam insiden 4 November.

Ia adalah serangan yang sangat ganas, yang menyaksikan Hamraoui “ditumbuk, ditendang dan dipukul dengan palang besi di bahagian kakinya”.

Polis mengesahkan kes itu sebagai cubaan untuk menamatkan karier Hamraoui dalam bola sepak.

Sebelum serangan itu, Hamraoui dilaporkan ada bercakap dengan Abidal di telefon.

Hubungan Hayet dan Abidal kini berantakan. Polis masih belum mengesahkan bahawa Hayet adalah dalang kepada serangan tersebut, atas sebab sakit hati kerana suaminya bermain kayu tiga.

Belum pun tamat siasatan tersebut, Hayet sudah mengeluarkan kenyataan bahawa dia mahu bercerai dengan Eric Abidal.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di