Isteri Randy Orton Nak Bertumbuk Dengan Alexa Bliss Kerana Adegan Kurang Senonoh Atas Ring

Isteri Randy Orton menzahirkan rasa tak puas hati dengan Alex Bliss ketika penggusti wanita itu menimpa dada lakinya ketika aksi di Fastlane.

Bliss telah menjadi watak penting dalam pergaduhan di antara Orton dan Bray Wyatt, dan muncul tanpa Fiend.

Alexa Bliss telah cuba dibakar oleh Orton dalam aksi sebelum ini. Jadi permusuhan ini menjadi panas.

Pada Ahad, dalam pertarungan antara gender, di mana Fiend muncul entah dari mana, telah membuatkan Alexa Bliss menang.

Bliss mengakhiri pertarungan dengan pin – macam biasalah. Cuma cara pin/timpaan Bliss itu kurang disenangi isteri Orton, walaupun beras Orton beli, tapi bukan dia yang masak.

Bliss telah duduk di atas Randy Orton, dan kemudian, isteri Orton, Kim telah menyatakan rasa tak puas hati menerusi Twitter.

Walaupun Randy Orton kuat dan besar gedabak, namun braderhud semua tahu dia sedang dalam masalah apabila isterinya, Kim marah di media sosial. Randy mungkin harus berfikir panjang soal nyawanya sebelum menerima skrip seperti ini.

Kim berkata: “Mungkin aksi seterusnya, saya akan bertarung dengan Alex Bliss.”

Kim dikatakan benar benar marah. Kerana cara Bliss menimpa suaminya itu agak seksual. Dan Kim sudah bersedia nak bertumbuk dengan Alexa Bliss.

Ini bukan pertama kali Kim mengamuk di media sosial. Sebelum ini dia pernah mengecam beberapa selebriti lain. Maklumlah, bini Orton, nak takut apa kan?

 

Baca yang lain