Isu Saman Kerana Kerosakan Fosil Jutaan Tahun Di Perak, Pengarah Drama Cuma Cakap Mereka Dapat Kebenaran MBI Untuk Shooting

Pengarah drama bersiri Angkara Cinta, Hadith Omar, 33, tidak mahu memberikan komen tentang berita tentang kerajaan Perak yang mahu menyaman mereka kera kerosakan pada fosil dan dinding jutaan tahun di Gua Matsoorat.

Hadith sebaliknya menunggu kata putus Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Dipetik  daripada BH Online, Hadith berkata: “Perkara ini masih dalam siasatan. Kami masih berbincang dengan pihak MBI. Pihak di sana belum beritahu apa-apa. Jadi, berita mengenai tuntutan ganti rugi ini masih baharu buat saya… Tak boleh komen buat masa ini.”

Menurut Hadith lagi, mereka sudah berbincang dengan MBI sebelum perkara itu viral lagi. Dan menolak untuk berkongsi tentang hasil perbincangan mereka.

Beliau menambah: “Hasil perbincangannya masih belum boleh dikongsi, tetapi, semuanya dalam keadaan baik. Perkara ini membabitkan banyak pihak, jadi saya tidak boleh komen lanjut.”

Beliau turut memohon maaf bagi pihak produksi, Juita Viden Sdn Bhd dan kru. Dan Hadith menegaskan bahawa mereka sudah mendapat kebenaran dari MBI untuk melakukan penggambaran di Ipoh termasuk Gua Matsoorat.

“Kami membuat penggambaran selama dua hari di Gua Matsoorat, iaitu pada 27 Februari dan 18 Mac. Cuma, selepas selesai penggambaran kedua dan berpindah ke lokasi lain, saya dimaklumkan berlaku pencemaran (kerosakan) di lokasi terbabit.”

“Pada 24 Mac lalu, saya berjumpa Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin untuk berbincang mengenai perkara itu.”

“Kami sepakat untuk bekerjasama membantu dalam semua aspek untuk membaik pulih keadaan. Namun, pada 25 Mac lalu, kes Gua Matsoorat dimuat naik di laman sosial,” tuntasnya lagi.

Hadith buat masa ini tidak mahu menyalahkan mana mana pihak dan menganggap ianya satu pengajaran agar mereka lebih berhati hati. Dan berkata pihak mereka masih menyiasat siapa pesalah sebenar.

Sebelum itu, kerajaan negeri Perak sudah mengumumkan mereka mahu menuntuk ganti rugi kerana kerosakan fosil berusia jutaan tahun serta kerosakan pada dinding gua di Gua Matsoorat selepas penggambaran yang dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi mengesahkan mereka ada bukti bahawa kru produksi drama tersebut telah menyebabkan kerosakan tersebut. Jadi, kerajaan negeri dan MBI mahu menuntut ganti rugi yang pastinya tidak murah.

Cuma pada masa ini, Nolee tidak pasti sama ada mereka akan mengenakan penalti ataupun meminta produksi membayar terus kos untuk pemuliharaan semula tempat yang telah dirosakkan. Sambil menyatakan kerajaan negeri kesal dengan insiden berkenaan.

Sebelum ini, penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang menyatakan kekecewaannya kerana perbuatan seorang kru produksinya menyebabkan kerosakan di Gua Matsoorat.

Menerusi IG beliau, Michael Ang berkata:

“Di sini saya ingin memaklumkan bahawa kami mendapat persetujuan daripada Majlis Bandaraya Ipoh untuk penggambaran.

Mengenai kerosakan grafiti, saya sangat kesal kerana salah seorang kru melakukannya. Kami masih menyiasat untuk mengetahui individu mana yang melakukannya. Kami mengharapkan kerjasama penuh dengan Majlis Bandaraya Ipoh dalam perkara ini.

Sebagai syarikat penerbitan kami sangat menyesali kejadian seperti ini berlaku. Saya berasa mengajar orang bodoh menjadi pintar dan bertanggungjawab agak sukar. Saya tidak akan membiarkan sesiapa yang merosakkan grafiti ini terlepas dari hukuman.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di