Itachi Uchiha: Penjenayah Paling Bad*ss Yang Menghapuskan Klan Dan Ibu Bapanya Sendiri

Itachi Uchiha (団扇 鼬, Uchiha Itachi) merupakan seorang budak yang dianggap ajaib dari klan Uchiha dari Konohagakure yang lahir pada 9 Jun.

Itachi dianggap antara watak paling bad*ss yang pernah dihasilkan dalam anime.

Dari usia muda lagi Itachi memang seorang yang teliti dan suka berfikir. Dia seorang yang memiliki visi yang sangat luas. Dia berfikir tentang shinobi dan asal-usul klan mereka dan masa depan sejak dari usia muda lagi

Prinsipnya berbeza dengan ayahnya. Dan dia tidak pernah terikat untuk setia dengan klannya, sebaliknya hanya setia dengan keluarganya. Baginya ada benda lagi penting daripada aspirasi Uchiha.

Dia menjadi seorang penjenayah antarabangsa selepas membunuh seluruh klan, dan hanya menyelamatkan adiknya, Sasuke.

Dia kemudian bergabung dengan organisasi jenayah antarabangsa – Akatsuki, dengan aktiviti yang juga membawa dia kepada konflik dengan Ninja Konoha — termasuk Sasuke — yang berusaha untuk membalas dendam terhadap klan mereka.

Namun selepas kematiannya, motif Itachi yang ternyata lebih rumit daripada apa Sasuke fikirkan. Ternyata dia melakukan perkara itu demi kepentingan adiknya dan kampungnya daripada dilanda perang yang lebih besar.

Keperibadian

Itachi merupakan anak sulung dari Mikoto dan Fugaku Uchiha. Ketika dia masih kecil dia telah melihat dan megalami banyak detik sukar termasuk kekerasan. Dia melihat Perang Dunia Shinobi Ketiga yang mengorbankan ramai nyawa.

https://twitter.com/sasuuxke/status/1270386937933815808

Perang yang hanya berakhir selepas Serangan Ekor-sembilan di Konoha. Kematian dan kehancuran yang dilihat di usia muda seperti trauma bagi Itachi dan membuatnya menjadi pendiam.

Dia mulai belajar sejarah, bukan hanya klan atau kampung,, tetapi juga dunia, dan dengan demikian ia mendapatkan pengetahuan yang lebih luas dan apa yang penting.

Dia belajar untuk mengisi ilmu bagi mengetahui bagaimana sesuatu terjadi dan bersedia berhadapan dengannya pada masa akan datang.

Walaupun nampak seorang yang biasa biasa, tetapi dia ternyata memiliki kehebatan dan bakat semulajadi dalam seni shinobi, dan dipuji sebagai yang terbaik dari generasinya.

Pada usia 7 tahun, Itachi lulus dari Akademi; pada usia 8 tahun, ia menguasai Sharingan; pada usia 10 tahun, ia lulus Ujian Chūnin; dan pada usia 11 tahun, ia masuk Anbu.

Kemudian, di usianya 13 tahun, ia dinaikkan pangkat menjadi kapten Anbu. Dia menjadi kebanggaan keluarganya kerana bakatnya.

Dia sangat sayangkan adiknya dan banyak berdampingan dengan Sasuke.

Serangan Ekor-Sembilan telah memburukkan hubungan antara kepimpinan Konoha dan Uchiha, karena Konoha mencurigai Uchiha adalah dalangnya.

Uchiha dipindahkan ke sudut kampung, mereka diisolasi untuk memudahkan mereka dipantu. Uchiha merasa tertekan dan mulai merencanakan kudeta. Fugaku, ketua Klan Uchiha dan ketua keapda kudeta itu, mendorong Itachi masuk ke jajaran Anbu.

Itachi, bagaimanapun, tahu kudeta Uchiha akan menyebabkan campur tangan dari desa lain dan akhirnya akan mencetuskan Perang Dunia baru, sesuatu yang tidak mampu untuk mereka bendung.

Kehilangan teman baiknya

Mereka gagal untuk mencapai pendamaian selepas perang itu. Itachi menanggung beban dengan terpaksa mengkhianati klannya dengan Shisui, sahabatnya sejak kecil, dan sudah seperti adik angkat baginya.

Shisui berusaha menggunakan Kotoamatsukaminya pada para pemimpin Uchiha untuk memaksa mereka berunding, tapi mata kanannya dicuri oleh Danzō Shimura.

Mereka semakin terdesak, Shisui percaya bahawa satu lagi matanya adalah untuk Itachi dan meminta dia untuk melindungi desa dan nama keluarga mereka sebelum menenggelamkan dirinya dalam Sungai Naka.

Itachi yang sedih oleh kematian Shisui, namun beberapa Uchiha mulai menuduh Itachi adalah pembunuh Shisui dan berspekulasi bahawa Itachi mereka reka cerita agar nampak seperti Shisui membunuh dirinya.

Itachi yang geram dan marah telah menyerang mereka, dan mengalahkan mereka dengan mudah.​ Hubungan Itachi dengan keluarganya retak.

Itachi memilih nyawa Sasuke

Meskipun Hokage Ketiga masih ingin berunding dengan Uchiha, Danzō Shimura menyatakan bahawa dia dah mati akal untuk memastikan kelangsungan hidup klan Uchiha.

Dia menjelaskanya kepada Itachi dan memberikannya pilihan: mendukung kudeta Uchiha dan seluruh klan termasuk Sasuke, atau tewas dalam konflik berikutnya, atau menerima tugas untuk menghapuskan klan dia sendiri sebelum kudeta dimulakan untuk menyelamatkan Sasuke.

Itachi kemudian memilih menyelamatkan adiknya Sasuke. Sementara membuat persiapan akhir, Itachi mencari seorang lelaki bertopeng yang menyelinap di sekitar Konoha.

Dia percaya orang itu adalah Madara Uchiha yang bertekad memprovokasi untuk mewujudkan beberapa konflik baru.

Menghapuskan klan sendiri termasuk ibu bapanya

Itachi mendekatinya dan menawarkan dirinya akan membantu “Madara” dengan memusnahkan Uchiha. Lelaki bernama Tobi itu akhirnya setuju.

Dalam satu malam Itachi dan Tobi membantai seluruh klan. Itachi lalu telah membunuh orang tuanya. Walaupun dia kejam dengan mereka, namun orang tuanya sempat menyatakan mereka bangga kerana membesarkan Itachi merupakan anak yang baik.

Babak ni gila babi la, tak mampu nak kenang balik.

Peristiwa itu telah meninggalkan kesan dan trauma yang teruk kepadanya.

Diseksa oleh oleh kesedihan atas tindakannya, Itachi merasakan dia seharusnya dihukum di atas perbuatannya. Dan dia menentukan bahawa Sasuke satu-satunya orang yang berhak untuk menghukumnya kerana kejahatannya.

Dia kemudian mencipta plot agar Sasuke mengetahui kejahatannya dan membunuhnya. Itachi merupakan pahlawan yang overpower dalam siri Naruto ni. Amat sukar untuk Sasuke menewaskannya.

Untuk mendorong Sasuke membunuhnya, Itachi telah menipu menyatakan selama ini dia berpura pura sayangkan adiknya itu. Dan menyatakan kepada Sasuke bahawa dia hanya mahukan untuk mendapatkan Mangekyō Sharingan Abadi.

Itachi juga mahu, Sasuke dijulang menjadi pahlawan yang hebat selepas menewaskannya.

Sumber: Fandom

Baca yang lain