Itali 3 Turki 0: Itali Penatkan Turki Dengan Alirkan Bola Di Setiap Kawasan

Itali membuka kempen Piala Eropah dengan bergaya apabila mudah menewaskan Turki 3-0 di Stadium Olimpik, Roma awal pagi tadi.

Pasukan yang diberi gelaran Gil Azzuri menguasai perlawanan secara total sentiasa menyerang kubu lawan sementara pemain Turki hampir sepenuh masa berada di kawasan sendiri.

“Kami sering kehilangan bola dan tidak dapat naik keatas. Itali sangat baik, kami kalah kepada pasukan lebih baik” kata Senol Gunez kepada wartawan Turki

Pasukan bimbingan Roberto Mancini melakukan 13 percubaan pada 45 minit pertama namun gagal menterjemahkan kepada jaringan.

Lencongan Lorenzo Insigne, tandukan padu Georginio Chiellini dan percubaan dari Ciro Immobille antara momen terbaik berlaku pada babak pertama.

Antara momen lain pengadil tidak memberi sebarang sepakan penalti walaupun 2 kali bola terkena tangan pemain Turki.

Pendekatan terlalu bertahan Turki dihukum pada minit ke-53 apabila hantaran lintang Domenico Berardi ke dalam kotak penalti ditampan oleh Merih Demiral, kedudukan badan pemain ini tidak berada dalam keadaan betul dan bola masuk kedalam dalam gawang sendiri.

Selepas dikejutkan dengan gol pembukaan Turki mula bermain dengan lebih terbuka namun tidak dapat menggangu corak permainan Itali.

“Kami cukup sabar pada separuh masa pertama. Turki merupakan pasukan kuat dan sering memberi masalah kepada pasukan besar.

“Kami cuba memenatkan mereka, mengalikan bola ke kiri, ke kanan dan mengalirkan di setiap padang namun seringkali gagal memecahkan pertahanan mereka.

“Turki mula letih selepas babak kedua bermula. Selepas jaringan pertama mereka membuka permainan dan kualiti kami muncul ketika itu.” kata Ciro Immobille kepada wartawan Itali

Ciro Immobille membunuh perlawanan dengan jaringan ke-2 Itali pada minit ke-63. Immobille mudah menolak bola lantunan ke sebelah kanan gawang menewaskan Ugurcan Cakir.

Buat seketika, Itali mengendurkan serangan memberi ruang buat Turki melancarkan beberapa serangan namun tidak dimanfaatkan oleh pasukan itu.

Itali kembali menyerang, kali ini Lorenzo Insigne menyudahkan gerakan tipikalnya di Serie A. Percubaan lencong dalam kotak penalti menewaskan Cakir untuk kali ke-3.

Itali menamatkan perlawanan dengan penguasaan lebih 60%, 24 percubaan dan 8 darinya adalah percubaan tepat. Turki gagal sepenuhnya dan tidak melakukan sebarang percubaan tepat ke arah Guiluigi Donnarumma.

Baca juga

Euro 2020: Itali Tanpa Verratti, Potensi Turki Membunuh Pasukan Besar

5 talking point Itali lawan Turki.

1.Itali cukup dominan dalam perlawanan ini. Walaupun tidak terlalu produktif di bahagian serangan tetapi ia sudah cukup memberi kesukaran kepada Tukri. 24 percubaan merupakan satu statistik besar bagi sesebuah kejohanan besar.

2. Sepanjang separuh masa pertama Turki bertahan terlalu kebawah, ia berkesan untuk mengikat Itali namun pendekatan itu rosak selepas jaringan pertama.

3. Pengadil tidak memberi sebarang sepakan penalti walaupun bola jelas terkena tangan pertahanan Turki sebanyak 2 kali. Malah pengadil juga tidak menggunakan VAR.

4. Karektor Chiellini cukup besar, disebabkan Turki agak kurang menyerang, pertahanan tengah berusia 36 itu kerap naik keatas membantu serangan. Satu percubaan melalui tandukan darinya hampir menghasilkan gol.

5. 3-0 merupakan kemenangan terbesar Itali sejak 38 tahun. Ia juga merupakan antara kemenangan besar dalam perlawanan pembukaan Piala Eropah.

Kedua-dua pasukan akan berehat selama 4 hari sebelum turun pada perlawanan ke-2 pada 16 Jun. Itali akan menentang Switzerland di Stadium yang sama sementara itu Turkey akan terbang ke Azerbaijan bertemu Wales.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan