Jadi Vaksin Pilihan Ramai, Pfizer Raih $3.5 billion Dalam 3 Bulan Pertama 2021

Pfizer telah menjual beratus-ratus juta dos vaksin COVID-19nya ke seluruh dunia terutama sekali ke Amerika Syarikat. Pfizer telah menjana pendapatan lebih dari $3.5 bilion dalam tiga bulan pertama 2021, kata syarikat itu pada hari Selasa.

Penjualan vaksin dua kali ganda merangkumi hampir satu perempat dari pendapatan suku pertama syarikat gergasi farmasi itu sebanyak $14.6 bilion, dengan mudah menjadi penyumbang kepada pendapatan terbesarnya dalam sejarah.

Saham Pfizer sedikit berubah pada awal perdagangan Selasa selepas laporan keuntungan besar tersebut diumumkan.

Pfizer kini berharap dapat memberikan sejumlah 1.6 bilion dos vaksin pada tahun 2021, dan menghasilkan pendapatan $26 bilion pada tahun yang berakhir 2021. Itu peningkatan ketara dari ramalan sebelumnya sebanyak $15 bilion pada sebelum ini.

Terdapat kemungkinan vaksin Pfizer akan terus mendapat sambutan hangat yang sama sehingga akhir tahun 2022. Namun begitu, Pfizer tidak mengumumkan untung bersih (selepas ditolak kos) oleh vaksi Pfizer tersebut.

Pada bulan April, Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla mengatakan orang mungkin memerlukan suntikan penggalak 12 bulan setelah dos pertama mereka. Dan syarikat itu mengatakan pada hari Selasa bahawa pihaknya berharap dapat menghasilkan 3 bilion dos pada tahun 2022.

Pfizer bagaimanapun sudah berikrar tidak akan menjual vaksinnya kepada negara negara miskin. Dan ianya akan diberikan percuma.

Tidak seperti pesaingnya yang lain, pfizer dibangunkan sepenuhnya secara swasta tanpa dana kerajaan. Dan mereka tidak ada masalah untuk menjana keuntungan sesuka hati mereka.

Johnson & Johnson dan AstraZeneca, misalnya, kedua dua vaksin tersebut dijual kepada badan bukan mengaut keuntungan seperti badan kebajikan dan kerajaan. Moderna turut menghasilkan vaksin dengan bantuan daripada kerajaan dan mereka menghasilkan vaksin untuk membantu kerajaan pusat AS.

Pada Isnin, Pfizer dan rakan kongsinya, BioNTech mengumumkan telah mengedarkan 430 dos vaksin ke 91 buah negara di seluruh dunia.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di