Jawapan Berteknologi Tinggi Braithwaite: “Kecederaan Saya Ni Ibarat Kemaskini ‘Sofware’ Je”

Martin Braithwaite memberikan jawapan yang sangat luar biasa dan berteknologi tinggi ketika ditanya tentang kecederaannya.

Braithwaite antara pemain yang mengejutkan ramai pihak ketika Barcelona membayar klausa pelepasan beliau sebelum ini untuk mendapatkan khidmatnya.

Dia mengalami kecederaan pada September lalu, dan menjalani pembedahan di bahagian lutut. Dijangka akan kembali semula beraksi pada Januari tahun hadapan.

Di mana bintang Barcelona itu mengibaratkan badannya ibarat mesin yang ada perisian yang perlu dikemaskini setiap 10 tahun sekali.

Braithwaite bercakap dalam sesi WebSummit dengan berkata: “Kecederaan ini lebih kurang macam kemaskini perisian. Saya ni ibarat mesin yang memerlukan kemaskini perisian setiap 10 tahun sekali.”

“Mana mana kecederaan memang tak mudah untuk dihadapi. Namun macam benda lain dalam hidup, kalau kita melihatnya daripada sudut pandangan yang positif, maka masalah paling besar boleh diubah kepada peluang yang besar.”

Braithwaite turut berkongsi kata kata penuh motivasi itu di Twitternya.

Mungkin kerana beliau terlibat dalam dunia perniagaan dan menjadi usahawan yang disegani membuatkan Braithwaite berfikiran di luar kotak dalam menjawab soalan seperti itu.

Pemain berusia 30 tahun itu setakat ini sudah menjaringkan 10 gol dan 5 assist untuk kelabnya.

Braithwaite merupakan pemain antarabangsa Denmark. Beliau merupakan pemain yang bermain posisi no.9 ataupun penyerang utama.

Beliau pastinya mahu meyakinkan Xavi Hernandez bahawwa beliau masih relevan untuk berada dalam projek baharu pengurus tersebut.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari