Jersi All White Arsenal Bukan Untuk Dijual, Namun Ianya Untuk Kempen ‘No More Red’

Arsenal akan memakai jersi putih pada perlawanan Piala FA Isnin ini di laman sendiri menentang Nottingham Forest.

Ianya agak unik kerana dalam beberapa tahun ini banyak pasukan menghasilkan jersi all black ataupun hitam sepenuhnya.

Sebenarnya jersi putih sepenuhnya itu adalah sebahagian daripada inisiatif memerangi jenayah pisau remaja di London.

Dua puluh tujuh remaja maut ditikam di London pada 2021, tertinggi sejak 2008 walaupun dalam tahun lalu London mengetatkan penjarakkan sosial.

Digelar No More Red simbolik kepada tiada lagi pertumpahan darah — kempen itu berharap dapat memberikan golongan muda “ruang yang lebih selamat dan lebih positif”.

Jersi all white tersebut tidak akan dijual. Namun akan diberikan kepada komuniti untuk kempen kesedaran.

Inisiatif Arsenal disokong oleh penaja jersi Arsenal iaitu, Adidas serta pelakon Idris Elba dan bekas penyerang The Gunners dan England, Ian Wright.

“Kita tidak boleh menerima kehilangan nyawa melalui keganasan anak muda sebagai ‘biasa’ di bandar kita dan adalah penting untuk kita semua bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk golongan muda,” kata Wright.

Video khas kempen tersebut turut dimuat naik oleh ITV London.

Satu usaha yang baik oleh Arsenal dalam melakukan kempen kesedaran masyarakat.

Selaku kelab yang sangat berpengaruh, sudah pastinya mesej tersebut dapat sampai ke ramai orang di seluruh dunia.

Baca yang lain