Jorge Mendes Sedih Lihat James Seperti Anak Yatim Piatu Di Everton Selepas Ditinggalkan Ancelotti

Pemergian Carlo Ancelotti ke Real Madrid ternyata bukan perkara yang mudah diterima oleh pemain yang sentiasa bersamanya, James Rodriguez.

Sebelum ini James menolak banyak tawaran kelab besar untuk ke Everton, itu semua kerana Don Carlo.

Carlo Anceltto mengejut meninggalkan Everton selepas Real Madrid menghubungi beliau dan mahukannya kembali.

Ini selepas jawatan pengurus dikosongkan oleh Zinedine Zidane yang mahu berehat seketika daripada dunia pengurusan.

Dan sekarang, Corrriere Della Serra di Itali melaporkan bahawa ejen kepada pemain James iaitu Jorge Mendes menyatakan bahawa James Rodriguez kini merasakan dirinya seperti anak yatim piatu di Everton selepas ditinggalkan Ancelotti.

Lantas ejen beliau sedang mencari kelab baharu untuk pemain tersebut. Dengan AC Milan kemungkinan menjadi destinasi terbaru James. Milan merupakan kelab kesayangan Ancelotti di Itali.

Milan baru sahaja kehilangan Hakan Calhanoglu yang memutuskan untuk meninggalkan pasukan tersebut dan menyertai jiran sebelah Inter Milan.

AC Milan masih mencari penggantik kepada Calhanoglu. James Rodriguez dianggap sebagai salah seorang calon terbaik.

Masih belum ada sebarang perbincangan di antara kedua dua pihak. Kerana Milan masih fokus kepada rundingan lain termasuk Olivier Giroud.

Everton tidak ada tanda tanda mahu melepaskan James. Namun jika memikirkan soal motivasi pemain itu di atas padang, mereka mungkin terpaksa mempertimbangkannya.

Oleh itu, perpindahan James ke AC Milan kemungkinan akan berlaku pada perpindahan kali ini.

Selain daripada AC Milan, Jorge Mendes juga cuba berunding dengan kelab lain termasuk Napoli dan Atletico Madrid. Jika mereka berminat dengan pemain yang boleh dibeli dengan nilai sekitar EUR20 juta itu.

Di manakah James akan beraksi pada musim hadapan? Adakah beliau akan kembali semula ke Real Madrid? Kerana Ancelotti turut dikatakan berminat membawa pemain itu kembali ke Real Madrid. Cuma perbincangan perlu dilakukan dengan Florentino Perez untuk melakukannya.

James buat masa ini dikatakan lebih berminat untuk ke Itali.

Tidak mustahil juga pemain antarabangsa Colombia itu akan terus kekal di Everton untuk semusim lagi.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di