JPJ Cawangan UK Sedia Benarkan Pemandu Kereta Pandu Sendiri Tengok Netflix

JPJ cawangan Britain sudah sedia merevolusikan peraturan pemanduan di negara tersebut.

Menurut cadangan kemas kini kepada kod lebuh raya, pengguna kereta pandu sendiri kini akan dibenarkan menonton TV dan filem ketika memandu menggunakan kereta pandu sendiri.

Ledakan teknologi dalam industri automatif menyaksikan semakin ramai pengguna kerata pandu sendiri di negara tersebut.

Walaubagaimanapun, mereka masih akan dilarang daripada menggunakan telefon pintar ketka berada di tempat duduk pemandu. Peraturan penggunaan telefon pintar dalam kereta oleh pemandu dianggap sebagai satu kesalahan sangat serius di UK.

Sebaliknya tiada larangan untuk pemandu duduk sambil mengakses skrin terbina dalam mereka untuk menonton TV dan filem selepas ini jika kerena mereka ada teknologi pandu sendiri.

Kemas kini undang undang itu juga menambah bahawa pemandu perlu ‘bersedia sepenuhnya’ sekiranya terdapat keperluan untuk mereka mengendalikan semula kawalan kenderaan mereka semasa berada di jalan raya.

Jabatan Pengangkutan (DfT) menambah bahawa syarikat insurans dan bukannya individu akan bertanggungjawab untuk tuntutan sekiranya berlaku kemalangan.

Kemas kini ini hasil daripada perundingan awam dan telah disifatkan sebagai langkah sementara oleh kerajaan yang menyokong penggunaan awal kenderaan pandu sendiri.

Walaupun tiada kereta pandu sendiri yang telah diluluskan untuk memandu sendiri di jalan raya Britain, pemandu boleh meneruskan penggunaan kereta pandu sendiri tahun ini.

Pada April 2021, DfT mengumumkan bahawa ia akan membenarkan pemanduan bebas tangan dalam kenderaan dengan teknologi pengekalan lorong yang terbina dalam kereta ketika di lebuh raya yang sesak.

Trudy Harrison, menteri pengangkutan, memanggil kemas kini kepada Kod Lebuhraya sebagai “pencapaian utama dalam pengenalan kepada kenderaan pandu sendiri yang selamat.”

Dia juga mendakwa bahawa memperkenalkan kenderaan pandu sendiri akan “merevolusikan cara kita mengembara, menjadikan perjalanan masa depan kita lebih hijau, selamat dan lebih dipercayai.”

“Teknologi yang menarik ini berkembang dengan pantas di sini di Great Britain, dan kami memastikan kita mempunyai asas yang kukuh untuk pemandu apabila ia sampai ke jalan raya kita.” sambungnya.

Kerajaan menyebut ia sedang berusaha untuk memuktamadkan rangka kerja undang-undang dan kawal selia yang akan membenarkan penggunaan kenderaan autonomi menjelang 2025.

Perubahan yang dicadangkan telah menimbulkan reaksi bercampur-campur dalam kalangan penunggang motosikal dan pengguna jalan raya lain.

Colin Brown berkata: “Jadi lepas ni menonton Fast & Furious films dekat Netflix atau melanggar orang lain sebab nak tengok Xtube [laman dewasa] ketika dalam kereta pandu sendiri adalah lebih selamat daripada menekan butang “Next Track” di Spotify pada telefon pintar kamu yang tergantung kat cermin kereta. Syarikat insurans dan peguam perubatan akan mengadangan hari lapangan untuk ini.”

Ada juga yang menyindir kerajaan dengan berkata: “Rasanya kerata pandu sendiri tu dapat ke elak berjuta lubang dekat jalanraya kita ni?”

Malah ada yang menyindir bahawa kereta pandu sendiri ini akan meningkatkan lagi statistik kemalangan maut.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali