Jurucakap Sheikh Jassim Bidas Laporan Al Watan: ‘Ianya Laporan Tak Berasas’

Sebuah laman akhbar di Qatar, Al Watan, telah melaporkan bahawa Sheikh Jassim sudah berjaya memiliki Manchester United.

Dan berita itu menjadi tular di media sosial. Berita itu asalnya dikongsikan oleh sebuah laman yang tidak ada pengesahan rasmi, namun menjadi heboh kerana dikongsikan Al Watan yang ada tanda rasmi.

Kemudian seorang usahawan Qatar, Zaid Al Hamdan turut mengucapkan tahniah kepada Sheikh Jassim kerana berjaya menjadi pemilik Manchester United.

Laporan Al Watan pada Isnin menyatakan Sheikh Jassim sudah berjaya mendapatkan pemilikan Man United 100%.

Al Watan memuat naik laporan itu menerusi laman media sosial rasmi mereka.

Dan ramai peminat Man United berkongsi gambar bahawa saham Man United naik mendadak hampir 25% pada Selasa.

Dikatakan laporan itu menguatkan lagi keyakinan bahawa Man United benar benar sudah dimiliki oleh Sheikh Jassim,

Akhirnya, kem Sheikh Jassim memberikan komen mereka tentang perkara itu. Menyatakan laporan daripada Al Watan sebagai tak berasas.

Apa yang mereka laporkan pada masa ini adalah spekulasi semata mata.

Kenyataan respon itu juga menyatakan bahawa, mereka masih berminat dengan Man United namun buat masa ini, tiada sebarang respon yang diterima daripada keluarga Glazer berkaitan dengan bidaan yang mereka hantar.

Yayasan 92 milik Sheikh Jassim telah menghantar bidaan kelima yang dikatakan bidaan terakhir mereka setakat ini pada minggu lalu. Dan Sheikh Jassim menegaskan bahawa itu adalah bidaan terakhir mereka dengan nilai tertinggi yang mereka boleh tawarkan. Walaupun ianya di bawah harga yang diminta Glazer.

Glazer meminta GBP6 billion daripada Sheikh Jassim jika dia mahukan pemilikan penuh.

Glazer ketika ini lebih gemar dengan bidaan daripada Sir Jim Ratcliffe. Walaupun nilai bidaan lebih rendah, namun pihak Ratcliffe setuju untuk mengekalkan pegangang minoriti saham oleh Glazer di Man United.

Manakala Sheikh Jassim mahu pemilikan 100% dan Glazer harus berambus.

Daily Mail melaporkan, Sheikh Jassim benar benar berusaha untuk mendapatkan pemilikan Man United, malah melantik Nasser Al Khelaifi sebagai penasihat pakar mereka.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu