Juventus Harap Arsenal Beli Vlahovic Harga Kawan Kawan €80 Juta, Sebab Dulu Pernah Minat Kan?

Juventus dilaporkan sedang berusaha untuk menjual Dusan Vlahovic, hanya selepas kira kira setahun bersama kelab itu.

Alasannya, Juventus memerlukan wang dan mengurangkan bil gaji pemain kelab itu.

Selain itu, Max Allgeri dilihat tidak begitu gembira dengan prestasi pemain itu. Yang mungkin tidak sesuai dengan taktikalnya.

Juventus pada Januari tahun lalu mendapatkan Vlahovic daripada Fiorentina. Dengan mememangi persaingan dengan Arsenal untuk mendapatkan pemain tersebut.

Arsenal sebelum ini tidak tahu bahawa Vlahovic sebenarnya sudah ada kesepakatan tidak rasmi dengan Juventus di belakang.

Vlahovic memilih Juventus berbanding Arsenal.

Dan kini Arsenal berpeluang mendapatkan pemain itu. Dengan kelab tersebut mencari penyerang baharu.

Walaupun mereka sudah mendapatkan Trossard, nama Vlahovic mungkin boleh menarik perhatian Arteta sekali lagi.

Laporan dari Itali menyebut bahawa, Juventus benar benar berharap Arsenal membida pemain tersebut.

Malah La Republica melaporkan bahawa Arsenal masih berminat dengan Vlahovic.

Juventus mahu menjual pemain itu dengan nilai sekitar €80 juta sahaja kepada Arsenal.

Mereka membayar €70 juta kepada Fiorentina untuk pemain itu sebelum ini. Namun dipercayai masih tidak dilangsaikan secara keseluruhan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di