Ferdinand: ‘Kau Tak Tahu Betapa Menggerikan Penyerang Bernama Henry’

Legenda Arsenal, Thierry Henry memang dikenali dengan keupayaannya di hadapan gol dan memberikan mimpi ngeri kepada lawannya.

Namun adakah pemain ini benar-benar menggerikan?

Bek tengah legenda Man United, Rio Ferdinand berkongsi pengalamannya berhadapan dengan Henry.

Menurut Ferdinand, beliau berhadapan dengan ramai penyerang handalan di dalam kariernya.

Nama Thierry Henry adalah salah seorang penyerang yang sangat mengerikannya.

Nama Henry pastinya lebih sinonim dengan Arsenal dan bola sepak Inggeris. Beliau dibeli oleh Arsene Wenger Juventus.

Henry ada dalam pasukan Juara Dunia 1998, namun beliau bukanlah pemain utama ketika itu.

Sejak menyertai Arsenal, Henry telah menjadi peledak gol yang sangat digeruni. Beliau menjaringkan 176 gol dan 77 assist dalam 258 perlawanan bersama Arsenal.

Ferdinand memiliki banyak pengalaman berhadapan dengan Henry. Ferdinand menyifatkan Henry adalah penyerang yang sangat sensasi.

“Bagaimana perassaan saya apabila berhadapan dengan Thierry Henry? Sangat sukar!”

Salah satu kelebihan Henry yang kerap menjadi igauan pemain pertahanan adalah auranya yang sangat kuat.

Aura dan game reading

“Thierry Henry adalah pemain sentiasa membuatkan saya kagum, tidak kira menontonnyadi televisyen ataupun di hadapan mata.”

“Beliau adalah pemain yang boleh membuat pemain lain tergaman. Saya dapat merasakan ramai pemain yang sudah kecut ketika berada di terowong apabila melihat Henry.”

Aura yang ada pada Henry itu membuatkan Arsenal juga merasai impaknya.

Seterusnya adalah, keupayaan Henry untuk membaca perlawanan, adalah perkara yang sangat hebat.

Beliau seolah olah ada visual lebih awal ataupun premonition. Ini semua kerana persiapan beliau secara fizikal dan mental.

Thierry Henry pemain yang sangat tenang dan jarang sekali ada tekanan pada wajahnya sama ada ketika masuk ke padang ataupun berada di atas padang.

“Ketika saya menonton aksinya di TV atau melihatnya di terowong stadium, saya dapat merasakan perlawanan itu sudah dimulakan di dalam kepalanya.”

“Malah sebelum dia tidur malam sebelumnya pun saya rasa dia dah bermain perlawanan itu.”

Oleh sebab itu Ferdinand melihat Henry sesuka hatinya menghabiskan lawannya di atas padang kerana game reading beliau.

“Thierry mampu masuk ke dalam otak para pemain lawan, dan Thierry mampu menghabiskan lawannya dengan sesuka hatinya.”

“Jangan kata pemain yang baru atau muda, pemain yang nama besar pun ramai kecut dengan Henry.”

Thierry Henry akan selamanya menjadi legenda Arsenal. Beliau menjadi nadi penting Arsenal ketika menjulang beberapa kejuaraan termasuk musim tanpa kalah / invincibles.

Oleh sebab itu, tak hairanlah ada tugu patungnya di luar stadium Emirates dengan gaya keraian ikonik beliau.

Henry kemudiannya meninggalkan Arsenal untuk menyertai Barcelona. Dan beliau menamatkan karier profesionalnya di Major League Soccer.

Beliau pernah kembali ke Arsenal secara pinjaman ketika bermain di AS.

Baca yang lain