Keane: “Tuhan Tolonglah Kami”

Roy Keane mengkritik prestasi Manchester United selepas dimalukan oleh Arsenal di gelanggang sendiri. Kerana menurut Keane Manchester United bermain tanpa ada semangat juang.

Manchester United menjadi tuan rumah dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.

Tetapi sayangnya, mereka tewas 0-1 menerusi gol penalti yang dijaringkan oleh Pierre-Emerick Aubameyang.

Arsenal jelas pasukan lebih baik pada separuh masa pertama. Dan pada separuh masa kedua Man United memperbaiki permainan mereka serta mencipta lebih banyak peluang berbanding separuh masa pertama.

Namun segalanya hancur apabila Paul Pogba membentes Hector Bellerin dan memberikan penalti buat Arsenal.

Keane, yang menyaksikan perlawanan itu, kelihatan terkejut dengan sikap pemain Manchester United.

Beliau menegaskan beliau tidak percaya dengan bahasa tubuh para pemain United di atas padang yang longlai dan tidak ada jiwa United.

“United sudah banyak berlawan dengan pasukan macam ini [berkampung di kawasan sendiri] dalam masa 20 tahun ini.”

“Kamu bermain untuk Manchester United dan orang harapkan kamu akan mampu memecahkan pasukan seperti ini.”

“Orang jangkakan kamu akan terus berlari dan berkerja keras – itulah karakter Manchester United yang sebenar.”

Keane turut membidas Man United yang terus kekurangan pemimpin di atas padang.

“Kita berbicara tentang kekurangan pemimpin. Saya tidak melihat pemimpin di sana,” kata Keane dalam ulasannya.

Keane kemudiannya menjadikan bekas pemain pasukan kebangsaan England dan  Manchester United – Nobby Stiles sebagai contoh pemimpin sejati.

Menurutnya, pemain The Red Devils sekarang tidak mempunyai semangat juang seperti Stiles. Pemain yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya beberapa hari lalu.

“160 cm tetapi [Stiles] mempunyai hati seperti singa. Saya tidak melihatnya [semangat Stiles] di sana, saya tidak melihat seorang lelaki di sana, seseorang yang anda boleh percayai. ”

“Oh Tuhan tolonglah kami,” sambungnya.

“Mereka mengatakan mereka berpaling? Gilirannya adalah yang paling lama,” kata lelaki berusia 49 tahun itu.

Kekalahan ini menjadikan Manchester United ke tangga ke-15 dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris selepas 6 perlawanan.

Ianya permulaan terburuk United sejak 2013/14, ketika itu United dibimbing David Moyes.

Baca yang lain