Kecewa Disisih Argentina, Funes Mori Ikut Jejak De Paula, Menjadi Pemain Naturalisasi Negara Lain

Pemain kelahiran Argentina, Rogelio Funes Mori sudah sah bergelar pemain Mexico selepas beliau setuju untuk menjadi pemain naturalisasi.

Rogelio merupakan adik beradik kembar kepada bekas pemain Everton iaitu Ramiro Funes Mori.

ESPN melaporkan, Funes Mori sudah mendapat lampu hijau dari FIFA untuk menukar kerakyatan dalam peringkat antarabangsa.

Funes Mori merupakan penyerang untuk Monterrey di Liga MX, beliau masih menunggu panggilan daripada Argentina. Namun persaingannya sangat sengit dengan adanya pemain seperti Lautaro Martinez, Dybala, Aguero, Messi, dan ramai lagi.

Kini Funes Mori akan menunggu surat pelepasan dari FA Argentina. Funes Mori terpikat untuk mewakili Mexico selepas dipujuk Tata Martino.

Jawatankuasa status FIFA menyatakan: “Jawatankuasa Status FIFA sudah meluluskan pertukaran pasukan kebangsaan diwakili oleh Rogelio Gabriel Funes Mori yang boleh mewakili Mexico berkuat kuasa serta merta.”

FIFA menyatakan mereka menerima permohonan itu pada Selasa. Dan kini menunggu surat pelepasan daripada FA Argentina.

FA Mexico juga berharap ianya diselesaikan serta merta kerana mereka perlu menghantar pendaftaran skuad untuk Piala Emas dalam minggu ini. Nama Funes Mori masih dalam senarai menunggu dan tidak boleh didaftarkan dalam skuad utama lagi.

FIFA hanya membenarkan Funes Mori didaftarkan dalam Piala Emas hanya dengan pelepasan status pemain Argentina oleh FA Argentina.

Jika beliau tidak mendapat restu daripada FA Argentina, Funes Mori masih boleh mewakili Mexico dalam Piala Emas yang akan datang dengan surat khas oleh FIFA.

Ini kerana Funes Mori tak pernah bermain dalam mana mana aksi kompetitif Argentina. Mexico berharap FA Argentina memberikan kelulusan segera kerana mereka mahu menaturalisasikan pemain itu dengan cara baik tanpa ada sebarang konflik.

Namun surat khas itu belum pasti dapat sekiranya FA Argentina bercadang mahu menentangnya dengan mengemukakan hujah yang kuat.

Funes Mori dalam kenyataannya berkata: “Di sini teman nak berkongsi kegembiraan teman berjaya mendapatkan kewarganegaraan Mexico ye, kepada Yob dan yong sekalian.”

“Saya rasa disayangi di sini. Orang sini hormat teman dan teman mahu menunjukkan rasa terima kasih teman kepada mike mike semua di Mexico dengan membalas baik jasa mike semua.”

“Teman sangat gembira,” tegas Funes Mori di media sosialnya.

Sebagai tambahan, Funes Mori berusia 30 tahun dan dia sebelum ini memberikan bayangan sedia untuk menukar kerakyatan. Beliau turut memuji Tata Martino sebagai salah satu sebab kenapa dia nak bermain untuk negara Mexico.

Tata Martino masih mencari penyerang pengganti kepada Raul Jimenez yang tidak dapat beraksi dalam Piala Emas.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu