Kedah 3 PJ City 1: Baddrol Beri Respon Dan 5 Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu

Kedah Darul Aman (Kedah) melonjak ke kedudukan ke-4 selepas menewaskan Petaling Jaya City (PJ City) 3-1 di laman sendiri. Pasukan itu ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama tetapi kembali bangkit di separuh masa kedua dengan meledak 3 gol melalui Baddrol Bakhtiar, Kpah Sherman dan Fayadh Zulkifli.

LAPORAN PERLAWANAN

Kedah mendominasi secara keseluruhan perlawanan, melakukan percubaan bahaya seawal minit ke-2 permainanan apabila tandukan Tchetche Kipre melintasi Baddrol untuk pemain itu menolak masuk ke dalam gawang PJ City. Ia peluang yang boleh menghasilkan gol jika ketinggian bola berada di ketinggian betul.

Baddrol agak sukar meletakan badannya menyentuh bola itu.

Berselang 3 minit, Kedah sekali lagi melakukan gerakan bahaya melalui Rabih Ataya. Dia menghantar bola kepada Sherman dan pemain Liberia itu membuat satu hantaran lintang yang mencemaskan kubu lawan, Ataya yang terus berlari menyerang kotak penalti lawan gagal melakukan penyudah.

Kedah tidak bernasib baik kerana 2 peluang keemasan itu tidak bertukar menjadi jaringan.

Selepas itu baki keseluruhan separuh masa pertama jelas milik Kedah, bagaimanapun PJ City meraih sedikit tuah apabila Fandi Othman menjatuhkan Sunil Chandran dan pengadil perlawanan, Fuser Mad Salleh menghadiahkan sepakan penalti.

R.Kogileswaran yang masuk menggantikan Darren Lok pada minit ke-33 mudah menyempurnakan sepakan tersebut.

Separuh masa pertama tamat, pasukan lebih baik ketinggalan 0-1.

Kedah memulakan babak kedua dengan agak garang, skuad bimbingan Aidil Shahrin itu memanfaatkan 2 situasi bola mati. Baddrol menanduk dengan bergaya sepakan sudut dari Ataya. Selepas itu, giliran Sherman menjaringkan gol melalui kuisan unik hasil sepakan percuma jarak jauh dari Baddrol.

Kedah cuma perlukan 6 minit untuk mengejar PJ City dari belakang dengan menterbalikan keputusan menjadi 2-1.

Dan sekali lagi Kedah mengulangi apa yang berlaku pada babak pertama dengan menguasai keseluruhan permainan. Senjata dari bangku simpanan, Azamuddin Akil dibawa masuk pada minit ke-81. Pemain berusia 35 tahun itu sekali lagi mengulagi sentuhan hantaran lintang berkualiti.

Azamuddin hanya memerlukan 2 minit di atas padang untuk melihat hantaran lintangnya singgah ke kepala Fayadh Zulkifli. Fayadh menjaringkan gol ke-3 Kedah. Kedah keluar sebagai pemenang dan itu merupakan keputusan yang ‘betul’ untuk mencerminkan perlawanan sebenar.

5 perkara boleh digariskan dalam perlawanan ini dari kacamata Axello.Net.

1. KEDAH MENGUASAI PERMAINAN

Perlawanan yang menyaksikan Kedah melakukan deretan percubaan ke arah gawang lawan, PJ City tidak memberi sebarang ancaman bahaya. PJ City hanya memanfaatkan 1 peluang yang diraihnya melalui sepakan penalti pada minit ke-37.

Di separuh masa ke-2, Kedah lebih efektif dengan peluang untuk menjaringkan 2 gol dalam tempoh 6 minit melalui situasi bola mati. Pasukan ini sepatutnya boleh menjaringkan 5 gol dengan mudah namun nasib kurang menyebelahinya.

2. PERUBAHAN AIDIL SHARIN

Dalam perlawanan sebelum ini, pengendali dari Singapura itu menggunakan sistem 4-3-3 dimana kedudukan 3 pemain tengah agak sebaris. Aidil mempertaruhkan gandingan Badrrol-Anumanthan-Faizat Ghazali sebanyak 2 kali dan Baddrol-Anumanthan-Syazwan Zainon 1 kali.

Umum mengetahui senarai pemain Kedah mempunyai ramai pemain tengah sisi atau sayap sehinggakan mereka perlu meminjam keluar Farhan Roslan. Meletakkan Sherman dan Ataya membuatkan lebihan pemain tersebut terpaksa direhatkan atau perlu bermain di secondary posisition. Itulah yang berlaku kepada Faizat.

Dalam perlawanan ini, Aidil meletakkan Kipre dan Sherman di bahagian center forward dan support. Membuka peluang kepada Rozaimi Rahman dan Fayadh bermain di sayap kiri iaitu primary position berbandingan center midfielder.

Peranan 2 defensive midfielder lebih jelas dan tersusun dan 3 pemain dibelakang penyerang cukup baik melakukan havoc bagi mengganggu petahanan bertiga P.Maniam.

3. PERTAHANAN BERTIGA MANIAM LEMAS

Pertahanan bertiga P.Maniam pada awalnya mampu mengekang asakan demi asakan awal yang dilakukan oleh pasukan Kedah. Serangan bertali arus tersebut mula memenatkan Raffi Nagoorgani-Tamil Maran-Prabakaran.

Pertahanan Maniam juga terpaksa mengutip 3 kad kuning dalam cubaan mengendurkan serangan Kedah yang banyak dicipta melalui Ataya. Akhirnya mereka melepaskan 3 gol.

4. PJ CITY HILANG PEMAIN PENTING TERLALU AWAL

Hanya 15 minit kelibat kapten mereka, K.Gurusamy beraksi. PJ City hilang pengaruh di tengah padang. Ruventiran dibawa masuk dan Faiz Mazlan bermain lebih kebawah bagi menampung ketiadaan Gurusamy. Kedua-dua pemain tidak mampu menyamai karektor yang dimiliki Gurusamy.

Memasuki 20 minit permainan giliran Darren Lok pula bergelut dengan kecederaan apabila dirempuh oleh pemain Kedah. Penjaring terbanyak liga super (GW3) ini cuba meneruskan permainan namun ‘menyerah kalah’ pada minit ke-33. R.Kogileswaran dibawa masuk untuk mengemudi barisan serangan.

5. SHERMAN DALAM LANDASAN

Sherman merupakan pemain paling banyak menjaringkan gol dalam perlawanan Kedah pada musim lepas. Pemain berusia 29 tahun tidak menjaringkan banyak gol dalam 1 perlawanan tetapi dia mampu menjaringkan gol dalam banyak perlawanan.

Pada musim lepas Sherman mencatat nama sebagai penjaring dalam 7 perlawanan (dari 11).

Selepas GW4 Sherman sudah menjaringkan gol dalam 3 perlawanan (dari 4). Ini adalah corak  jaringan Sherman dan dia sedang mengulanginya. Dalam pertemuan lepas menentang Penang, Sherman melakukan kuisan unik dan pelik. Semalam dia sekali lagi melakukannya teknik sukar tersebut.

6. RESPON BADDROL BAKHTIAR

Selepas 3 perlawanan, pemain paling lama bermain untuk pasukan Kedah ini menerima kritikan dari para penyokong. Mereka mahukan Baddrol memberi sumbangan lebih besar kepada pasukan. Dalam masa sama formasi Aidil dilihat tidak membantu membantu pemain ini.

Aidil melakukan sedikit pengubahsuaian dan Baddrol memberi respon dengan baik. Peranannya sedikit jelas iaitu akan membantu garisan pemain pertahanan dan berada dalam kotak penalti ketika pasukan mendapat sepakan penjuru dan sepakan percuma dalam jarak 20-30 meter.

Baddrol pula akan mengambil sepakan percuma pasukan dari jarak yang lebih jauh.

Baddrol menampilkan layangan badan lembutnya ketika jaringan penyamaan Kedah dan dia menghasilkan sepakan percuma yang tepat kepada 2 pemain Kedah ketika pasukan itu menjaringkan gol kemenangan.

RUMUSAN

Aidil Shahrin melakukan sedikit perubahan taktikal dan ianya berhasil. PJ City kehilangan pemain penting terlalu awal.

Perlawanan berat sebelah yang hanya dikuasai Kedah, PJ City gagal melakukan ancaman bahaya sepanjang perlawanan.

APA SETERUSNYA…

Kedah akan berkunjung ke Shah Alam untuk bertemu dengan UiTM. Ini peluang baik bagi Kedah menambah mata liga.

PJ City pula bakal menunggu kunjungan Sri Pahang di Petaling Jaya. Perlawanan tersebut akan memberi sedikit cabaran kepada P.Maniam kerana Sri Pahang dilihat meningkat ketika menewaskan Sabah 2-1 di Kuantan.

Baca yang lain