Keeper Legenda Turki, Rustu Recber Kritikal Kerana Koronavirus

Bagi peminat bola sepak dekat 2000-an nama Rustu Recber sangat dekat di hati kita semua.

Beliau adalah penjaga gol legenda Turki yang menjadi wira piala dunia buat negaranya.

Rustu Recber merupakan pemain yang memiliki kaps paling banyak untuk nengaranya. Beliau pernah bermain untuk Barcelona, Fenerbace dan Besiktas.

Isteri sahkan Rustu positif COVID-19

Khabar duka dari Turki melaporkan Rustu Recber positif koronavirus dan sudah dimasukkan ke hospital. Beliau dalah keadaan yang agak kritikal.

Isterinya, Isil menulis di Instagram: “Kami baru sahaja membawa suami saya Rustu ke hospital selepas didiagnosis COVID-19.”

“Awalnya segalanya normal, sehinggalah kami terkejut dengan simptom yang tiba tiba melanda Rustu.”

“Ini adalah momen kritikal dan masa yang sukar. Permintaan saya daripada anda semua untuk menghormati keadaan kami ketika ini.”

“Saya disahkan negatif, begitu juga dengan anak lelaki dan anak perempuan kami. Rustu berada di hospital dan kami dilarang untuk melawatnya.”

“Itu adalah detik sangat sukar, apabila tak dapat bersama dengan beliau dalam masa-masa sukar begini. Tuhan itu maha agung dan Rustu sangat yakin dnegan doktor di Turki ini.”

Legenda yang tiada gantinya

Rustu, 46, bermain 120 kali untuk Turki. Aksi pada Piala Dunia 2002 antara aksi terbaik dipamerkan seorang penjaga gol dalam temasya Piala Dunia.

Beliau ketika itu bermain bersama generasi emas yang paling mengujakan dalam sejarah Turki. Titik tolak kepada peningkatan Turki dalam bola sepak dalam beberapa tahun selepas itu.

Antara aksi terbaik beliau adalah ketika aksi separuh akhir dalam temasya yang dianjurkan Jepun dan Korea Selatan.

Walaupun ketika itu Turki tewas tipis 1-0 di tangan Brazil, mereka telah menunjukkan aksi yang luar biasa, terutama sekali Rustu Recber.

Rustu Recber mulai menjadi idola ramai kanak kanak dan remaja di Turki pada ketika itu, begitu juga di Malaysia.

Aksi beliau ketika di atas padang sangat memberikan inspirasi.

Turki menamatkan saingan di tangga ketiga dalam Piala Dunia selepas menewaskan Korea Selatan 3-2. Rekod yang sangat cemerlang dilakarkan oleh mereka.

Dalam aksi penentuan tempat ketiga itulah, Hakan Sukur menjaringkan gol terpantas Piala Dunia dalam masa 11 saat sahaja. 2 lagi gol Turki dijaringkan Ilhan Mansiz.

Rustu bermain 371 kali untuk Fenerbahce dan pernah menyarung jersi Barcelona.

Namun selepas itu beliau menikamati karier yang indah sekali lagi di Besiktas. Bermain 124 perlawanan untuk pasukan tersebut.

Pada 2012, Rustu Recber membuat keputusan untuk bersara daripada bola sepak.

Peminat beliau dari seluruh dunia mendoakan Rustu Recber agar cepat sembuh daripada sakit yang dialaminya ketika ini.

Koronavirus di Turki agak serius pada ketika ini. Sehingga Sabtu lalu, dilaporkan sudah 108 kematian dicatatkan.

Dalam tempoh yang sama, kes COVID-19 di Turki keseluruhannya mencatatkan lebih 7,400 kes.

Semoga cepat sembuh kepada Rustu Recber sang legenda.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di