Kehadiran Gary Penting Untuk Melaka United

Dalam tempoh kurang seminggu, Melaka United telah mengumumkan 3 pemain baharu bagi menggalas misi mereka kekal di Liga Super.

MASALAH MELAKA UNITED

Melaka United kini berada dalam zon penyingkiran selepas mengharungi 13 perlawanan. Skuad Zainal Abidin Hassan hanya mencatat 3 kemenangan dan mengalami 5 kekalahan.

Berbanding UiTM, peluang Melaka United masih lagi besar untuk kekal di divisyen tertinggi Malaysia ini.

Pada awal musim Melaka United boleh dikelaskan sebagai pasukan yang bakal menghuni pertengahan liga namun ia tidak menepati jangkaan.

Melaka United melepasi 5 perlawanan awal tanpa mengalami kekalahan. Sebelun itu Melaka United tidak kalah dalam kesemua perlawanan pra musimnya.

 

Malang bagi pasukan ini bermula apabila dipotong 3 mata atas kesalahan tidak membayar gaji pemainnya.

Selepas itu Melaka United tergelincir, merekod 5 kekalahan dalam 7 perlawanan terakhirnya dan pasukan memutuskan membawa masuk beberapa pemain baharu.

Melaka United menyingkirkan 2 penyerang importnya iaitu Alex dan Stefan Nikolic bagi memberi laluan kepada Giovanni Gomez dan Adriano Narcizo.

Alex dan Nikolic tidak banyak menyumbang jaringan kepada pasukan, majority datang dari sepakan penalti.

3 dari 3 gol Alex dari sepakan tersebut manakala 2 dari 4 gol Nikolic dari situasi sama. Adakah Gomez dan Narcizo boleh mengatasi masalah menjaringkan gol dari permainan terbuka?

Apa yang pasti pertukaran tersebut ada asasnya.

GARY STEVEN ROBBAT

Kemasukan Gary Steven Robbat juga menarik perhatian. Melaka United kekurangan pilihan dibahagian tengah.

Mereka cuma mempunyai Manuel Ott, Syamim Yahya, Wan Zahrulnizam dan Faris Shah Rosli disamping pemain sederhana Jasmir Mehat.

 

Kemasukan bekas pelatih Borussia Dortmund itu boleh menjadi keperluan mendesak dan sumbangannya pasti ditagih sekurang-kurangnya sama seperti apa yang disumbangkan oleh K.Gurusamy di Petaling Jaya City.

Namun begitu Gary juga mempunyai isu besar yang perlu diselesaikan olehnya terlebih dahulu. Pemain berusia 27 tahun ini agak jarang bermain dalam perlawanan kompetitif, Liga Super.

Gary hanya terlibat 0.06% (562/8910 minit) sepanjang berada di JDT. Angka terebut terlalu kecil untuk mentakrifkannya sebagai pemain berguna Liga Super.

Pemain kelahiran Kedah ini perlu menampilkan penampilan baik secara drastik bagi membantu Melaka United.

Bagaimanapun kemasukannya adalah satu keperluan.

APA YANG PERLU MELAKA UNITED LAKUKAN

Mengikut sejarah lepas, Melaka United perlu mengumpul 19 hingga 24 mata untuk kekal di Liga Super.

Melihat kepada saingan musim ini Zainal Abidin memerlukan 24  mata kerana hanya 1 pasukan (UiTM) sahaja yang mempunyai kualiti rendah berbanding pasukan lain. Perak dan Sri Pahang atau Petaling Jaya City boleh meraih lebih 20 mata.

Melaka United mempunyai cabaran kuat bagi meraih 4 kemenangan dari 9 baki perlawanan. Perlawanan pertama mereka selepas ini bertemu Sri Pahang, juga pasukan yang sedang bergelut untuk tidak berada di zon penyingkiran.

SENARAI PEMAIN UTAMA MELAKA UNITED

Berikut merupakan pemain yang telah diturunkan oleh Zainal Abidin dalam kesebelasan utama sepanjang 13 perlawanan. Jelas pengedali ini kekurangan pemain di barisan tengah.

Jasmir Mehat dan Fakhrullah Rosli menjadi pilihan sampingan. Kehadiran Gary sudah semestinya ditagih lebih itu.

Sementara itu kehadiran kehadiran Gomez dan Narcizo merupakan pertukaran terus kepada Alex dan Nikolic.

Adakah Melaka United terus kekal di Liga Super?

  • Khairul Fahmi Che Mat (Norazlan Razali)
  • Hasbullah Abu Bakar* (Che Rashid Halim*)
  • Afiq Rahman (Anwar Shahruddin)
  • Jang Suk-Wong (Akmal Zahir)
  • Razman Roslan (Helmi Johari)
  • Faris Shah Rosli (Zahrulnizam Zakaria)
  • Manuel Ott
  • Syamim Yahya
  • S.Kumaahran*
  • Sony Norde
  • Alex (Stefan Nikolic)

*Pemain pinjaman

Baca yang lain