Kenali Nenek Gillian Clark: Peter Drury Di Arena Badminton Yang Ikonik Dengan “I Don’t Believe It”

Bagi peminat badminton di Malaysia, suara nenek yang mengulas yang suka menyebut: “I don’t believe it” memang popular di kalangan kita.

Ramai juga yang nak tahu siapakah nenek di balik suara tu. Kalau dia tak mengulas acara besar memang tak sah rasanya.

Ulasannya yang tenang bersahaja salah satu sebab kenapa kita boleh tenang sedikit dalam perlawanan yang sangat tegang.

Ungkapan biasa yang dituturkannya menjadi ikonik, viral, dan terukir dalam fikiran peminat badminton. Misalnya: “I don’t believe it!”, “Oh My Godness”, Unbelievable!“, atau “What a rally!”.

Namun mungkin tidak ramai yang tahu wanita yang sering digelar nenek oleh peminat badminton di seluruh dunia. Kita yang mendengar pun rasa kesian kadangkala dengan nenek mengulas pertarungan 3 jam.

Siapa Gillian Clark?

Sebelum menjadi pengulas, Clark menceburi kerjaya sebagai pemain badminton. Bersama Gillian Gilks, dia memenangi pingat gangsa beregu wanita pada Kejohanan Dunia 1983 di Copenhagen, Denmark.

10 tahun kemudian, pada Kejohanan Dunia 1993 di Birmingham, Clark memenangi pingat gangsa dalam kategori beregu campuran bersama Nick Ponting.

Dia juga bertanding dalam Sukan Olimpik 1992 dalam acara beregu wanita bersama Julie Bradbury. Namun langkahnya terhenti pada suku akhir selepas kalah di tangan pasangan Korea Selatan, Hwang Hye-young dan Chung So-young, yang akhirnya memenangi pingat emas.

Pada kejohanan All England, Clark layak ke final sebanyak tiga kali. Pada tahun 1985 dalam beregu campuran dengan Thomas Kihlsttom, pada tahun 1990 dengan Gillian Gowers dalam beregu wanita, dan pada tahun 1994 dengan Chris Hunt dalam beregu campuran.

Beliau mencatatkan pencapaian cemerlang di Sukan Komanwel dan di Kejohanan Eropah.

Pada Sukan Komanwel antara 1982 dan 1994, Clark mengumpul enam pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Pada Kejohanan Eropah, Clark memenangi emas pada 1982, 1984, 1986 dan 1988.

Jika dikira, menurut Clark, dia mempunyai kerjaya sebagai pemain badminton selama 15 tahun. Bagi kerja sebagai pengulas dia telah hidup selama suku abad.

Dengan pengalaman yang panjang, tidak hairanlah dia sering disebut sebagai salah seorang pengulas badminton terbaik oleh peminat badminton.

Clark dianggap GOAT dari kalangan pengulas badminton

Di sebalik suaranya yang sudah uzur itu, dia merupakan salah seorang pengulas terbaik dalam sukan badminton global. Dia sarat dengan pengetahuan termasuk statistik.

Jika dalam bola sepak Peter Drury dianggap pengulas GOAT, di arena badminton pula milik Gillian Clark.

Selain itu, peminat di seluruh dunia pastinya memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa universal. Clark seorang pengulas Inggeris yang sangat baik dan seorang yang menggunakan istilah yang mudah difahamai.

Analisis, data, statistik dan maklumat yang disampaikannya membuatkan pengalaman menonton perlawanan badminton di televisyen mahupun di aplikasi telefon bimbit menjadi lengkap.

Wanita tua itu berusia 60 tahun dari Britain. Dia bernama Gillian Clark”.

Sebenarnya dia bukan sembarangan orang dalam suka badminton. Namun dia mengakui tugas menjadi pengulas sebagai karier yang dia sendiri tak pernah rancang pada masa muda.

Bercakap kepada BBC, Gillian berkata: “Kadangkala ianya berkaitan dengan nasib.”

Clark menganggap tuah datang kepadanya apabila dia diberikan peluang mengulas badmintion buat pertama kali.

“Pada masa itu, saya adalah presiden persekutuan pemain profesional dan ada keperluan untuk menjadi pengulas bersama. Mereka kenal saya sebagai seorang yang mempunyai pendapat yang bernas dan tidak teragak-agak untuk menyuarakan pendapat itu.”

Di kalangan pemain profesional Gillian Clark sangat dihormati. Kerana pengetahuan dan kredibilitnya dalam sukan itu.

“Kemudian mereka meminta saya menjadi pengulas badminton,” kata Clark.

Selama 25 tahun yang lalu dia menjadi pengulas kejohanan badminton bertaraf dunia.

Clark mengakui bahawa menjadi seorang pengulas bukanlah kerja yang mudah. Apa yang beliau sampaikan semasa mengulas perlawanan mestilah bermaklumat dan menambahkan lagi pengetahuan kepada penonton.

Gillian Clark berkata pengulas tidak sepatutnya bercakap apabila permainan berada di kemuncaknya. Harus membiarkan sahaja aksi itu ditonton oleh penonton dengan penuh fokus.

Clark akan cuba membaca corak permainan seseorang pemain dengan analisisnya sendiri. Terutama sekali kecenderungan setiap pemain melakukan maneuver yang menjadi signifikan kepada mereka.

Misalnya Taufik Hidayat yang suka melakukan backhand smash, atau Lin Dan yang sukan terus melakukan overhead smash dari kedudukan tengah gelanggang.

Lee Chong Wei yang suka mengawal lawannya dengan gerakan kaki di gelanggang.

Oleh itu, sebelum bekerja pada sebelah petang atau petang, dia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga jam pagi untuk membuat kajian. Kadangkala, penyediaan ini mengambil masa lima jam.

Selepas itu, data dan maklumat yang bertaburan dikumpul dalam format khas, yang disifatkannya sebagai “rahsia syarikat”.

“Data yang ada bukanlah dalam format yang ideal. Jadi saya perlu menyusun semua maklumat, meletakkannya dalam format yang saya fikir menarik dan berguna untuk penonton,” kata Clark yang selesa menggunakan kertas.

“Format ini sesuai untuk saya dan ia adalah rahsia yang dijaga rapi. Setiap kali saya ke udara, saya menyampaikan maklumat dan fakta menarik ini kepada peminat badminton,” tambahnya.

Menariknya, data, statistik dan maklumat ini mesti dicetak pada helaian kertas dan bukannya pada komputer ataupun telefon pintar.

Clark menggelar dirinya bukan seorang yang biasa dengan teknologi. Sebaliknya, dia memerlukan data dan maklumat yang boleh diakses dengan cepat.

Oleh itu, untuk menyokong kerjanya, dia membawa pencetak mudah alih, yang menemaninya di mana sahaja dia bertugas.

“Saya ada pencetak kecil yang saya sudah biasa gunakan. Saya seorang yang kuno, saya sudah tua,” kata Clark sambil tersenyum lebar.

“Saya mahukan salinan fizikal. Saya mahu semua yang saya perlukan di hadapan saya. Dengan cara itu, semua maklumat yang saya perlukan harus ada pada satu helaian kertas.”

“Dengan cara itu, saya tidak perlu beralih dari tab ke tab pada komputer saya atau mencari melalui pelbagai dokumen yang saya ada. ”

“Semuanya perlu ada pada satu helaian kertas, jadi saya perlu membawa pencetak sendiri. Saya membawa ini pencetak bersama saya, ke mana sahaja saya pergi, dia ada bersama saya,” kata Clark.

Cabaran lain ialah mencari masa yang sesuai bila bercakap dan bila hendak berdiam diri.

“Data dan maklumat sudah tentu sangat penting, tetapi tidak ada gunanya menyampaikannya apabila permainan berada pada tahap terbaik. Biarkan aksi di atas gelanggang bercakap dan biarkan penonton menikmatinya,” kata Clark.

Beliau juga berkata pengulas tidak sepatutnya menerangkan apa yang berlaku di atas gelanggang kerana penonton menyaksikan perkara yang sama.

“Menggambarkan tindakan seseorang pemain itu adalah tugas pengulas radio, bukan pengulas televisyen,” tambah nenek Clark.

Clark mengakui dia sudah terlalu tua untuk bidang tersebut, dan menerima kalau orang muda memanggilnya nenek. Namun buat masa ini Clark merasai dirinya dihormati, disayangi dan masih diterima.

Itu yang membuatkan Clark terus bertahan dalam bidang ini selagi lagi dia diperlukan.

Ditanya tentang gelaran nenek Clark yang diberikan kepadanya oleh peminat badminton seluruh dunia terutama sekali di Indonesia, Clark berkata kepada BBC Indonesia: “Ia benar-benar istimewa, saya rasa dihormati oleh peminat [badminton] untuk memberi saya nama istimewa. Ia menyeronokkan dan saya menyukainya,” kata Clark yang menganggap panggilan nenek itu sebagai satu tanda hormat orang muda kepadanya.

Jadi nikmati ayat ikonik Gillian Clark:

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di