Kenali Rafaela Pimenta, Pengganti Raiola Yang Sedang Membantu Pogba Pulang Ke Juve

Masa Paul Pogba di Manchester United nampaknya sudah tamat. Dan dia sudah pun disahkan meninggalkan Manchester United secara rasmi.

Dengan statusnya yang merupakan superstar, pastinya bukan mudah untuk mengendalikan kontrak pemain tersebut. Ini selepas bekas ejennya, Mino Raiola meninggal dunia.

Siapa yang mengambil alih tugas menjadi ejen ataupun wakil Paul Pogba?

Orang tersebut ialah Rafaela Pimenta. Dia merupakan peguam yang bekerja bersama ejen super – Mino Raiola -u selama 18 tahun lamanya.

Dan dia bersedia untuk mengambil tanggungjawab ke atas apa sahaja yang ditinggalkan oleh super ejen dari Itali itu.

Pimenta, merupakan peguam yang membantu Rivaldo dan Cesar Sampaio menubuhkan Guaratinguetà, sebuah kelab kecil di negeri Sao Paulo, pada awal kariernya.

Semasa dia bekerja untuk pasukan Brazil itu, dia bertemu Raiola. Pimenta kemudian menjadi salah satu pembantu terdekatnya. Raiola memintanya berpindah ke Monte Carlo untuk bekerja dengan ejen dari Itali itu.

Kebolehannya bertutur dalam enam bahasa membolehkannya membantu Raiola berunding dalam pasaran perpindahan dengan berkesan.

Raiola malah dilaporkan sempat mewariskan sahamnya dana Agensi One kepada Pimenta. Itu sudah cukup untuk menggariskan kepercayaannya terhadap wanita itu.

Raiola sudah berdepan dengan masalah kesihatan sejak bertahun tahun sebelum dia meninggal dunia. Jadi dia tahu, adanya keperluan untuk dia mempersiapkan Pimenta sebagai orang yang akan mengambil tempatnya apabila dia sudah tiada.

Dan kini dia bersedia untuk mengendalikan rundingan untuk pelanggannya, termasuk Pogba dan Erling Haaland.

Pemain Perancis itu sudah pun rasmi meninggalkan Man United. Dan kini Pimenta mengetuai rundingan dengan Juventus untuk membawa masuk Pogba ke sana sekali lagi.

Sebelum ini Pimenta dengan lancarnya berjaya menyelesaikan urusan perpindahan Haaland ke City tanpa banyak masalah walaupun urusan tersebut ditinggalkan oleh Raiola.

Kesemua pihak berpuas hati dengan cara Pimenta mengendalikan perpindahan itu. Dengan City turut menghormati persetujuan bayaran agensi yang sudah diwar warkan sebelum ini.

Jadi kini dia sudah sedia untuk menyelesaikan perpindahan kedua dari senarai A  / A list dalam pasaran perpindahan ataupun marquee player.

Pimenta sudah berunding dengan beberapa kelab lain selain Juve termasuk Real Madrid dan PSG.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa, Pimenta sudah sedia untuk membantu Pogba menandatangani kontrak dengan Juventus. Sesuai kehendak pemain itu sendiri. Pogba merupakan ejen bebas. Dan perpindahannya adalah percuma.

Rafaela Pimenta nampaknya benar benar sudah berada di landasan untuk menjadi super agent. Raiola sangat yakin dengan kemampuannya kerana dia seorang peguam yang tegas dalam memperjuangkan hak kliennya.

Juventus telah menawarkan Paul Pogba gaji EUR8 juta semusim ditambah dengan bonus prestasi.

Semua urusan ini adalah di bawah kendalian Pimenta yang juga akan meneruskan beberapa lagi siri rundingan lain melibatkan pemain di bawah agensi mereka.

Ini termasuk Zlatan Ibrahimovic. Di mana pemain itu sedang berunding untuk menerima pengurangan gaji di AC Milan.

Ianya kerana Zlatan mengalami kecederaan di lututnya yang memerlukan pembedahan. Membuatkan dia akan tersisih dalam tempoh sangat panjang iaitu sekitar 7 atau 8 bulan.

Seterusnya ialah Matthijs De Ligt. Di mana kedua dua pihak sedang berunding untuk memuktamadkan pejanjian lanjutan bagi bek tengah Belanda itu. Lebih lebih lagi Juventus konsisten dengan pendirian mereka bahawa De Ligt adalah pemain penting untuk jangka masa panjang.

Tanngungjawab beliau pasti akan lebih berat selepas ini selepas legenda kelab Chiellini mengesahkan bahawa dia meninggalkan Juventus.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari