Kenali Tauke Djarum, Orang Terkaya Indonesia Yang Sedang Turun Membantu Bola Sepak Negaranya

Robert Budi Hartono dan Michael Hartono merupakan orang terkaya kedua di Indonesia melalui pemilikan PT Djarum. Kedua dua adik beradik memiliki kekayaan bersama sebanyak USD26.6 biillion ataupun RM108 billion.

Di mana Michael memiliki harta lebih banyak sedikit sahaja daripada adiknya.

Michael Bambang Hartono berketurunan Cina yang dilahirkan dengan nama Oei Hwie Siang paling kaya dengan hartanya dilaporkan bernilai RM55.22 billion.

Lelaki yang lulus dari Universiti Diponegoro itu juga mempelopori perniagaan yang diwarisi daripada bapanya, PT Djarum bersama abangnya, Budi Hartono.

Sebagai pewaris perniagaan ayah mereka, Michael dan Budi bekerjasama untuk mengembangkan sebuah syarikat yang pernah dilanda api, tetapi kini telah berjaya menguasai pasar Indonesia.

Empayar perniagaan Djarum semakin berjaya di bawah pimpinan Michael yang bertugas sebagai pengarah. Djarum pengeluar 20% daripada lebih 28 juta rokok setahun di Indonesia .

Sebenarnya, saat ini Djarum menguasai pasaran rokok kretek di Amerika Syarikat, melebihi Gudang Garam dan Sampoerna.

Perjuangan Michael bermula pada tahun 1951 ketika ayahnya membeli perniagaan kretek kecil bernama Djarum Gramophon.

Nama itu ditukar menjadi Djarum. Namun, perniagaan mereka dilanda bencana, kilang mereka terbakar pada tahun 1963. Tidak lama selepas itu, ayahnya meninggal.

Hasil visi dan pandangan jauh Michael yang berwawasan, dia mulai memodenkan peralatan pengeluarannya seiring dengan perkembangan teknologi.

Ini juga meningkatkan produktiviti mereka untuk memperoleh penjualan. Sehingga tahun 1972, Djarum juga memasuki pasaran eksport.

Inovasi produk Djarum adalah Rokok Kretek Tangan (SKT) dan Rokok Kretek Mesin (SKM). Produk SKT adalah Djarum 76 dan Djarum 12, sementara produk SKM adalah Djarum Super, La Lights, Djarum Mezzo, Djarum Black.

Bahan mentah yang digunakan berkualiti terbaik dari dalam negara, iaitu tembakau dari Weleri, Muntilan, Temanggung, Jember, Lombok, Madura, Bojonegoro, dan Mranggen. Dan bahan cengkeh berasal dari Aceh, Jawa, Bali, Ambon dan Manado.

Setelah berjaya menjalankan perniagaan kedainya, Michael juga mengembangkan Kumpulan Djarum untuk memiliki sektor hartanah, perhotelan, perbankan dan agrobisnss. Michael Hartono juga membuka perniagaan hartanah dengan anak syarikatnya, PT CKBI.

Selain itu, Djarum juga memiliki Hotel Indonesia dan Inna Wisata. Di dunia perbankan, Djarum terkenal dengan 50.24 peratus pemilikan sahamnya di PT BCA. Ini menjadikan Michael Bambang Hartono dan saudaranya, Robert Budi Hartono sebagai pemilik Bank BCA dan menjadi orang terkaya di Republik Indonesia.

Djarum sendiri mempunyai peranan besar dalam ekonomi Indonesia. Mereka juga merupakan salah satu penyumbang cukai terbesar di Indonesia. Tidak hanya dalam menjalankan perniagaan, Djarum juga memiliki program CSR yang peduli terhadap masyarakat dan alam sekitar.

Hari ini, harta Michael Hartono mencapai U$D13.6 billion ataupun sekitar RM55.22 billion.

Mahu membantu Garuda

Bos besar kretek jenama Djarum, Michael Bambang Hartono antara individu yang bertekad membantu membangunkan bola sepak di Indonesia.

Namun tahun lalu beliau masih lagi menyelesaikan isu dengan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) selepas dituduh mengeksploitasi pekerja kanak-kanak.

Kelab bulu tangkis PB Djarum telah dikaitkan dengan masalah tersebut. Hartono sangat kecewa dengan tuduhan itu.

Segalanya bermula apabila PB Djarum melakukan ujibakat/trial kepada pemain-pemain badminton yang berusia 13 tahun.

Akibat nama Djarum itu adalah rokok, maka mereka dituduh mengeksploitasi kanak-kanak.

Oleh itu, Michael Bambang Hartono memutuskan untuk menggantikan audition PB Djarum kepada pemilihan Umum sahaja – membuang nama PB Djarum.

Ianya bagi mengelakkan program itu dibatalkan, hanya kerana namanya. Beliau tidak mahu perlaburan yang sudah dilakukan menjadi sia-sia begitu sahaja.

Kini perusahaan Djarum sedang berusaha untuk membantu memajukan bola sepak di Indonesia.

Michael Bambang mahu Djarum terlibat secara aktif dalam pembinaan semula struktur bola sepak di Indonesia menerusi program Garuda Select.

Satu program yang menjejak bakat muda dan menghantar bakat itu keluar negara termasuk ke England dan Itali.

Michael berikrar akan membantu PSSI dengan sedaya upaya beliau. Dengan syarat KPAI tidak melabel mereka mengeksploitasi kanak-kanak sekali lagi.

“Kami komited membangunkan bola sepak Indonesia asalkan tidak dituduh KPAI melakukan eksploitasi kanak-kanak sekali lagi.”

“Sakit hati? Siapa tak sakit hati apabila anda dituduh begitu. Jangankan nak ucap terima kasih, malah dikatakan eksploitasi kanak-kanak pula,” tambah beliau lagi.

Tahun lalu, Michael Hartono telah membeli sebuah kelab Serie 3 Itali, Como 1907. Beliau menjawab soalan wartawan yang bertanya, apa tujuan beliau membeli kelab itu.

Michael berkata: “Nah itu tujuannya untuk membantu supaya PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) bisa berkembang nantinya, karena ini yang saya bina adalah junior 16 tahun ke atas,” kata Bambang.

Bola sepak Indonesia dilabel tenat oleh peminat mereka. Dalam kelayakan Piala Dunia 2019, mereka masih belum mengutip sebarang mata, tewas kesemua perlawanan awal mereka setakat ini.

Indonesia baru bangkit daripada penggantungan FIFA beberapa tahun yang lalu. Mereka mahu membina sebuah pasukan bola sepak yang kuat daripada sebuah negara yang memiliki penduduk lebih 264 juta.

Sumber: Sports Detik

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.