Kenapa Christensen Masih Bermain Walaupun Kad Merah Lawan Liverpool?

Kesebelasan utama Chelsea menentang West Brom telah membuatkan ramai keliru.

Itu bukan disebabkan oleh perubahan dalam taktikal Frank Lampard tetapi kerana adanya Andreas Christensen, yang dibuang padang dalam kekalahan minggu lalu kepada Liverpool.

Ini kerana ramai merasakan pemain itu sepatutnya menjalani penggantungan kedua.

Christensen awalnya hanya memungut kuning setelah menjatuhkan Sadio Mane tetapi ia ditukar kepada menjadi kad merah setelah pengadil mendapatkan pandangan VAR.

Itu membuat ramai orang berfikir bahawa Christensen tidak akan dapat bermain West Brom kerana kad merah.

Namun pemain pertahanan itu sebenarnya menjalani penggantungannya dalam kemenangan Carabao Cup pertengahan minggu ke atas Barnsley.

Kad merah di pertandingan bola sepak Inggeris kini tidak lagi khusus untuk satu pertandingan sahaja sejak peraturan berubah pada awal musim lalu.

Ini bermaksud, jika pemain dibuang padang kerana kad merah terus, mereka akan menjalani penggantungan mereka dalam perlawanan pasukan utama yang seterusnya.

Ini bermaksud Christensen digantikan oleh Fikayo Tomori ketika kemenangan 6-0 pasukan Chelsea ke atas kelab Championship, Barnsley – telah membolehkannya kembali ke kesebelasan untuk perlawanan malam ini menentang West Brom.

Christensen hanya digantung satu perlawanan kerana melakukan kesalahan professional foul. Kesalahan Christensen hari itu dia menarik Sadio Mane untuk menafikan peluang gol lawan.

Ianya bukan kesalahan dengan bentesan memudaratkan atau sebagainya. Jadi ianya adalah kesalahan dengan penggantungan satu perlawanan.

Ketika ini, hanya kad kuning sahaja yang khusus untuk pertandingan tertentu.

Peraturan FA menyatakan bahawa penggantungan berlaku dalam perlawanan yang relevan di mana kelab anda bertanding sama ada dalah Liga, Piala FA atau Piala EFL.’

Pemain boleh memilih penggantungan serta merta pada perlawanan kompetitif berikutnya ataupun menangguhkan penggantungan mereka kerana ada appeal / rayuan.

Dalam kes Christensen, beliau tidak melakukan rayuan ke atas kad merahnya. Jadi dia sudah dikira menjalani penggantungannya.

Rujukan

Football London

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari