Kerajaan Portugal Siasat Kewarganegaraan Portugal Abramovich Menerusi Naturalisasi Yahudi Sephardic

Rakyat Portugal benar benar marah dengan terbongkarnya rahsia Roman Abramovich yang memiliki pasport Portugal.

Roman Abramovich merupakan rakyat Rusia yang menukar kewarganegaraannya kepada Israel beberapa tahun lalu. Ini kerana dasar kerajaan UK yang sangat ketat kepada rakyat Rusia yang mahu menetap di negara mereka.

Ianya selepas kes pengintipan Rusia di UK membuatkan kerajaan UK mengetatkan undang undang bahawa orang Rusia tidak dibenarkan tinggal di negara mereka lebih daripada enam bulan.

Itu pastinya menyukarkan Roman Abramovich yang memiliki banyak bisnes yang berpangkalan di UK terutama sekali kelab bola sepak Chelsea miliknya. Selain itu seluruh keluarganya tinggal di London. Jadi Abramovich sangat terdesak mahukan pasport EU untuk terus menetap di London seperti biasa.

Memohon pasport Israel

Oleh kerana Roman Abramovich ada berdarah Yahudi dari keturunan nenek moyangnya, maka dia memohon pasport Israel dan menjadi warganegara Israel.

Pada 2018, akhbar Haretz melaporkan yang pemilik Chelsea, Roman Abramovich tiba di Israel untuk mendapatkan kerakyatan negara tersebut.

Roman Abramovic berkepercayaan Yahudi dan memiliki pasport Israel. Namun ia tidak melayakkan beliau menjadi warganegara Israel secara automatik. Roman Abramovich menghadiri sesi temuduga di pejabat kedutaan Israel di Moscow untuk permohonan kerakyatan itu.

Sebelum ini, Abramovich gagal untuk melanjutkan tempoh visa beliau di United Kingdom. Abramovich terpaksa tidak hadir perlawanan final Piala FA pada musim tersebut.

Media British menulis, beliau menguruskan visa jangka panjang untuk pelabur di UK (long term investors visa). Kerajaan British dilaporkan mengetatkan syarat visa kepada orang Rusia selepas percubaan membunuh oleh ‘double agent’, Sergei Skripal di Salisbury.

Times Of Israel juga menyatakan yang Menteri Dalam Negeri mereka mengesahkan Abramovich terbang ke Rusia dengan jet peribadi beliau.

Ia bukanlah perkara luar biasa kerana Abramovich disenaraikan sebagai pelawat kerap oleh Israel. Oleh itu tiada liputan media yang dibuat sebelum ini untuk beberapa lawatan beliau ke Israel.

Cuma kali ini media tertarik dengan tujuan perjalanan beliau untuk menjadi rakyat Israel. Pihak kerajaan Israel dilaporkan sangat berahsia untuk kes seperti ini.

Abramovich akhirnya diberikan kad pengenalan Israel di bawah peraturan khas di mana, seorang itu boleh memohon menjadi warganegera Israel dengan berkepercayaan Yahudi.

Sebagai tambahan, Roman Abramovich memiliki kekayaan sekitar £11.5 billion. Menjadikan beliau orang Israel paling kaya di dunia.

Dia mendapat kerakyatan tersebut selepas kerajaan Israel mempertimbangkan jasanya dalam memperjuangkan hak Yahudi di seluruh dunia menerusi yayasannya.

Kini jadi orang Portugal pula

Terbaru, kerajaan Portugal diminta untuk menyiasat, bagaimana Roman Abramovich boleh memegang pasport negara tersebut?

Insiden itu kemudiannya mendapat perhatian khusus daripada pihak berkuasa Portugal terutama dari segi status kewarganegaraan yang dikeluarkan dalam Pasport.

Abramovich dilaporkan telah diberikan kewarganegaraan Portugal pada April 2021, tertakluk kepada peraturan naturalisasi untuk keturunan Yahudi Sephardic yang diusir dari semenanjung Iberia pada Zaman Pertengahan.

Nama akhir Roman Abramovich sendiri adalah nama keluarga yang sinonim dengan etnik Yahudi Ashkenazi.

Sementara itu, institusi yang mengeluarkan kewarganegaraan untuk pasport Portugis, IRN (Instituto dos Registos e do Notariado), telah menerima kritikan hebat daripada masyarakat Eropah dengan alasan bahawa peraturan naturalisasi sedemikian sangat terdedah kepada penyalahgunaan oleh oligarki untuk meluaskan pengaruh mereka di negara berdaulat.

Oligarki merupakan suatu pemerintahan yang dijalankan oleh sekumpulan kecil yang berkuasa sahaja. Ia berkait rapat dengan nepotisme dan kronisme. Dalam ekonomi, oligarki bermaksud suatu industri yang dikuasai oleh sejumlah kecil pengeluar seperti OPEC yang menguasai industri petroleum antarabangsa.

Kementerian Kehakiman Portugal berkata siasatan ke atas pasport Abramovich hanyalah sebahagian daripada proses standard. Kerana dia menerima kerakyatan sama seperti Cristiano Ronaldo berdasarkan undang undang naturalisasi yang sah.

“Ini adalah prosedur biasa yang diambil apabila terdapat situasi atau niat berkaitan anomali dalam prosedur yang diguna pakai,” kata kerajaan Portugal dalam satu kenyataan kepada umum.

“IRN hanya ingin mengesahkan, tanpa sebarang keraguan, sama ada terdapat amalan meragukan.”

Jurucakap Abaramovich menyatakan bahawa Abramovich mengalu alukan siasatan ke atas status kewarganegaraannya kerana dia sudah mendapat kerakyatan tersebut mengikut perlembagaan yang sah.

Beribu ribu rakyat Yahudi Israel diberikan kewarganegaraan Portugal sejak undang undang naturalisasi khas itu dikuatkuasakan pada 2015.

Dilaporkan permohonan dari kalangan Yahudi Sephardic terus meningkat sebaik sahaja Portugal meniru langkah kerajaan Sepanyol itu. Namun kerajaan Sepanyol sudah menghentikan dasar tersebut pada 2019 kerana terlalu ramai yang memohon dan sudah terlalu ramai yang diberikan status kerakyatan.

Di Portugal, masyarakat Yahudi yang memohon kerakyatan Portugal ini atas alasan mereka diusir dari tanah mereka – akan menggunakan khidmat dan bantuan daripada Persatuan Yahudi Portugal yang berpangkalan di Lisbon dan Porto.

The Guardian sudah melaporkan perkara tersebut pada Disember tahun 2021 yang lalu.

Roman Abramovich turut menggunakan saluran yang sama. Roman Abramovich menuai hasil minyak di Rusia telah menderma sebahagian besar kepada dana untuk memelihara kebudayaan Yahudi termasuk di Hamburg, Jerman.

Malah Roman Abramovich dianggap Yahudi yang paling berpengaruh di dunia. Namun kini dia sudah melucutkan kewarganegaraan Israelnya untuk menjadi orang Portugal.

Apa yang pasti, ramai rakyat Portugal menganggap Roman Abramovich hanya mahu menjadi warganegara kerana kepentingan peribadi. Dia tiada kesetiaan kepada negara.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di