Kisah Ancelotti Dibuang Real Kerana Bale Tikam Belakang — Ronaldo Sangat Kecewa Dengan Pemecatan Itu

Carlo Ancelotti kembali menggalas tugasan sebagai pengurus Real Madrid. Namun ini adalah kali kedua beliau menguruskan Real Madrid.

Sebelum ini Carlo Ancelotti pernah membentuk salah sebuah pasukan terbaik Real Madrid pada 2013/14. Dan membantu kelab memenangi La Decima, serta kemenangan dalam final Copa Del Rey menewaskan Barcelona. Namun Ancelotti gagal mendakap La Liga ketika bersama Real Madrid.

Dalam aksi Liga mereka terlepas kejuaraan kepada Atletico Madrid dalam 3 perlawanan terakhir.

Kewujudan BBC yang menggerunkan

Dari segi taktikal, Real Madrid ketika itu nampak sangat bagus dengan kelahiran trio serangan BBC yang menjadikan Real Madrid sangat laju ketika menyerang balas.

Musim 2014/15 juga musim yang luar biasa untuk Real Madrid. Di mana trio BBC mereka menjaringkan gol seperti satu perkara suka suka. Ronaldo mendapat aksi yang luar biasa dengan menjaringkan 15 gol dalam 6 atau 7 perlawanan.

Namun situasi mulai berubah. Bukan sahaja dengan pengurusan, malah dengan penyokong. Keputusan Ancelotti yang mulai menggilirkan Iker Casilass yang lebih banyak bermain di pertandingan Piala mulai menjadi tekanan. Penyokong mempersoalkannya.

Seterusnya, Ancelotti mulai kekal dengan kesebelasan utama yang tetap dan membuatkan beberapa pemai di bench sukar mendapat tempat.

Real Madrid kemudian berdepan krisis kecederaan yang teruk terutama sekali melibatkan Luka Modric yang menjadi pemain penting Ancelotti. Ia memberikan impak kepada perjalanan liga mereka. Madrid dimalukan 4-0 oleh Atletico tanpa Ramos atau Pepe.

Ianya diikuti kecederaan Bale dan Benzema. Akibat terlalu berpegang kepada kesebelasan utama yang tidak digilirkan – sehingga pemain terlalu banyak perlawanan – ia memudaratkan mereka yang ketika itu terlalu banyak perlawanan termasuk aksi di pentas antarabangsa dalam saingan Piala Dunia Kelab.

Real kemudian gagal memenangi sebarang trofi pada musim tersebut kecuali UEFA Super Cup dan CWC yang mereka menangi pada awal dan pertengahan musim.

Ancelotti: Bale tikam saya dari belakang

Seterusnya hubungan Ancelotti dengan Bale dikatakan semakin goyah. Ejen kepada Bale kemudian menyatakan Bale mahu Ancelotti menjadikannya bintang yang lebih diberikan perhatian dan bukannya terus dibayangi Ronaldo.

Bale turut meminta Ancelotti menurunkannya sebagai penyerang utama . Namun Ancelotti menyatakan dia tidak boleh menukar sistem pada pertengahan musim.

Ancelotti kekal dengan Benzema sebagai penyerang utamanya.

Kemuncak kepada ketegangan hubungan mereka adalah ketika Bale dikeluarkan ketika aksi berdepan Valencia di Mestalla. Bale dikeluarkan minit ke-70 ketika Real ketinggalan 2-1. Ia adalah perlawanan yang membuatkan mereka kehilangan La Liga.

Ancelotti kemudian dipecat. Namun ramai pemain senior Madrid terus menyokongnya termasuk Sergio Ramos, Ronaldo dan Marcelo.

Mereka memujuk Perez untuk tidak memecat Ancelotti dan mengambil tanggungjawab di atas keputusan atas padang. Namun Florentino Perez sudah menetapkan tekadnya untuk membuang Ancelotti.

Beberapa bulan selepas dipecat, Ancelotti mengesahkan bahawa Bale menjadi punca kenapa dia dipecat. Ancelotti mendedahkan bahawa ejen Bale telah menghubungi Florentino Perez tentang ketidakpuasan hatinya. Itu juga menjadi antara punca kenapa Zidane selalu menganggap Bale pemain bermasalah. Kerana ketika itu Zidane menjadi pembantu Ancelotti.

Bale pemain yang suka merajuk dan terus melaporkan kepada presiden tentang apa yang beliau tak puas hati.

Ancelotti ketika itu berkata: “CEO cakap yang Presiden nak jumpa saya,” tulis Ancelotti dalam bukunya, Quiet Leadership: Winning Hearts, Minds and Matches.

“Ketika saya masuk ofis, dia memberitahu saya, Bale menghubunginya, tentang saya menukar dia pada 4 Januari berdepan Valencia. Ejen Bale merungut. Dan presiden memberitahu saya apa dia akan buat.”

“Sejak hari itu hubungan saya dengan presiden tidak seperti dulu lagi.”

Cristiano Ronaldo, has heaped praise on his manager Carlo Ancelotti.

Selepas Ancelotti dipecat Ronaldo dengan terbuka menyindir Perez.

“Coach memiliki personaliti yang sangat penting. Dia coach dan insan yang sangat hebat. Kami sangat gembira bersama dengan dia. Bersama sama kami bersatu sebagai keluarga dan cuba mencapai kejayaan pada 2014.”

Gareth Bale akan kembali semula ke Real Madrid selepas Spurs tidak mengaktifkan pembelian tetap pemain itu.

Dan Bale akan bertemu dengan Ancelotti sekali lagi. Adakah Bale akan menjadi pemain penting Ancelotti? Melupakan apa yang berlaku dahulu? Ataupun Bale terus menjadi pemain tersisish sekali lagi?

Ini bukan pertama kali Ancelotti ditikam pemain dari belakang. Beliau mengalami pengalaman yang sama ketika di Bayern Munich.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari